TIPS MENGHILANGKAN SELESEMA DAN HIDUNG TERSUMBAT BABY!

Memang ‘seksa’ kalau hidung tersumbat, tersekat-sekat pernafasan sampai rasa stres dan pening kepala. Apalagi kalau terjadi kat bayi, nak tidur pun tak selesa, asek nangis je.. Lagilah kesian.😔

Antara perkara asas yang boleh ibu bapa lakukan di rumah untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi hidung tersumbat termasuklah :

– Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung. 

Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi (boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

– Mommy juga boleh memicit dengan lembut hidung bayi dan bersihkan lendir menggunakan cotton bud yang telah dibasahkan. Buat sekerap mungkin agar bayi boleh bernafas dengan selesa.

– Dapatkan nasal aspirator di farmasi berhampiran. Sterilkan bahagian hujungnya terlebih dahulu untuk pastikan ia benar-benar bersih. Masukkan ia ke dalam lubang hidung bayi dan sedut lendir dengan perlahan.

– Mandikan bayi menggunakan air suam. Biarkan bayi duduk dalam keadaan berwap di bilik mandi. Wap air panas biasanya membantu dalam mengurangkan lendir hidung.

– Cara lain yang paling mudah merawat bayi hidung tersumbat adalah dengan menggunakan minyak Mamz Spray. Sapu sedikit di bahagian hidung, leher dan dada bayi. Minyak ni mampu melancarkan rongga pernafasan bayi dan seterusnya mengatasi masalah bayi hidung tersumbat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us