loader image

7 TIPS AGAR BAYI TIDUR LENA. IBU-IBU WAJIB TAU! BACA NI..

7 TIPS AGAR BAYI TIDUR LENA. Ibu-ibu WAJIB tau! Baca ni..

Menidurkan bayi boleh jadi saat-saat yang paling membahagiakan. Namun ia juga boleh menjadi saat yang mengerikan bila mana anda mahu dia tidur, tetapi dia tidur hanya sebentar sahaja dan tidak lena. Letih rasanya mahu tidurkannya semula!

Melalui pengalaman Kak Ira sendiri, berikut dikongsikan tips menidurkan bayi agar dia mendapat tidur yang lebih baik dan berkualiti.

1. SUSUKAN BAYI DENGAN TENANG

Ini tips bayi tidur lena yang paling penting. Ketika bayi sudah menunjukkan tanda mahu tidur, suakan dia susu badan dan susukannya dengan tenang. Jika kita beria mahu tidurkannya dalam keadaan kelam kabut, dia mungkin tidak akan tidur atau tidur sebentar sahaja. Sambil menyusukan bayi, tepuklah dia dengan perlahan atau peluk dia erat. Waktu inilah anda mengeratkan ikatan (bonding) dengan bayi anda. Dia akan rasa selesa, dapat menyusu dengan tenang dan akhirnya tidur dengan lena.

2. SENDAWAKAN BAYI

Pernahkan anda mengalami tika mana anak hanya tidur sebentar dan terbangun kemudian dia sendawa? Kadangkala sendawa beserta muntah susu. Dia mungkin tidak disendawakan selepas menyusu. Bayi tidak tahu sendawa sendiri. Pergerakannya yang terbatas, iaitu hanya baring dan mungkin duduk dengan bantuan, tidak memungkinkan bayi sendawa dengan sendiri. Dia memerlukan bantuan untuk sendawa. Jika tidak, tidurnya pasti tidak lena.

3. TEPUK LEMBUT ATAU DODOIKAN

Apabila bayi sudah lena, jangan terus tinggalkannya. Letakkan bayi di tempat tidurnya dan tepuk perlahan atau dodikannya supaya dia tidak terkejut kerana ditinggalkan.

4. BEDUNG BAYI

Salah satu sebab bayi tidur sekejap sahaja mungkin kerana dia mudah terkejut dan tidurnya terganggu. Bedunglah bayi anda supaya dia mendapat tidur yang berkualiti. Jika membedung bayi, elakkan memakaikan baju yang tebal. Cukuplak sekadar baju nipis dan memberi keselesaan kepada bayi. Bayi yang dibedung biasanya akan tidur lebih lama dari bayi yang tidak dibedung.

5. SUASANA TENANG DAN CAHAYA YANG MINIMA

Pastikan tempat tidur anak senyap dan tak bising untuknya. Ketika waktu malam pula, pastinya cahaya lampu yang malap sahaja atau terus gelap supaya anak boleh tidur dengan lebih lena.

6. TIDAK TERLALU PANAS ATAU TERLALU SEJUK

Pastikan suhu ketika anak tidur tidak terlalu panas atau sejuk. Pastikan juga pakaian yang dipakai oleh bayi adalah baju yang sesuai.

7. BEZAKAN TEMPAT TIDUR SIANG DAN MALAM

Ini tips bayi tidur lena yang terakhir. Membezakan tempat tidur siang dan malam amat penting kerana biasanya anak akan mendapat tidur yang lebih lena pada waktu malam. Jika tempat tidurnya sama, maka anak tidak dapat membezakannya. Bertukar tempat tidur pada malam hari akan memberi isyarat bahawa waktu sudah bertukar.

Semoga tips bayi tidur lena ini dapat membantu ibu. Ingat! Tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi. Jika tidurnya terganggu anak tidak dapat membesar dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *