GEJALA MASALAH PERNAFASAN

Jika anda nampak hidung anak kembang kempis, dada dan perut berombak turun naik dengan laju, ia mungkin gejala masalah pernafasan.

Kesukaran untuk bernafas menyebabkan anak memerlukan otot otot sampingan dari dada, perut dan tengkuk untuk membantu menyedut udara .

Pengesanan dan rawatan awal sangat penting dan sentiasa dapat mengurangkan komplikasi.

Untuk mencegah jangkitan pernafasan
✔️ Lindungi dari asap rokok dan vape
✔️ elak ke tempat tempat yang sesak
✔️ Pastikan persekitaran tidak kotor dan berhabuk
✔️ Tidak perlu gunakan bedak bayi atau produk yang berdebu, berbau wangi.
✔️ Vaksin mengikut jadual

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us