Bayi kita sebenarnya dah sedia nak suap makanan sendiri sekitar umur 8 ke 9 bulan.
Ni haa cara nak bantu mudahkan proses anak kecil belajar makan – berikan finger food.
Anak lebih mudah nak pegang dan suap finger food atau (makanan jejari) guna tangan sendiri. Fine motor skill dia nanti akan jadi lebih hebat.
Mak ayah boleh berikan finger food seperti:
lobak merah
brokoli yang direbus
biskut
pasta yang dipotong kecil
telur rebus cincang
kentang goreng homemade
dan macam-macam lagi.
Tapi ingat, elakkan beri si comel makanan yang berisiko untuk buatkan dia tercekik seperti anggur, kismis dan kekacang.