Elakkan anak kita tu tidur dengan botol susu melekat kat mulut.
Mana anak yang gunakan puting kosong (pacifier), tak usah letakkan manisan atau gula pada puting tu.
Seawal umur 1-2 tahun, kita patutnya dah galakkan anak-anak minum pakai cawan je.
Kalau anak kita tu gigi susunya belum tumbuh lagi, cukup kita bersihkan gusi dia tu dengan kain bersih yang dah dibasahkan setiap kali lepas makan.
Tengokkan anak masa dia gosok gigi. Mana yang belum pandai, kita tolonglah beruskan selama 2 minit.
Ubat gigi tu pastikan yang mengandungi florida ye. Tak perlu banyak, sedikit calitan (smear) ubat gigi kita letak pada berus gigi dah cukup.
Bawaklah anak kita ke klinik pergigian secara berkala, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Seawal umur setahun sebenarnya dah patut dapatkan pemeriksaan gigi ni. Semoga bermanfaat