loader image

APA PERLU BUAT APABILA ANAK CIRIT-BIRIT

Bila baby cirit birit, mesti panik ibu ayah nak kendalikan hal ni. Betul ke baby cirit birit? Baby salah makan ke? Atau ibu menyusu yang salah makan?

Apa nak buat bila baby cirit-birit

1. Paling penting pastikan baby minum banyak air. Kalau baby boleh tolerate minum air, bagi je. Kalau baby tak boleh minum asyik muntah, tu adalah tanda untuk masuk wad. jangan tunggu-tunggu ya. dehydration pada bayi adalah sangat merbahaya dan boleh meragut nyawa.

2. Bagi makan macam biasa. Kajian menunjukkan bila diberikan makan macam biasa lengkap dengan nutrien, jangka masa diarrhea akan bertambah singkat. Tu pun,kalau baby boleh nak makan.

3. Kalau baby dah boleh makan, beri yoghurt untuk tambah bakteria baik dalam usus. Beli yoghurt plain, tanpa gula dan full fat ya. Pastikan yoghurt ada lactobacillus

4. Pastikan anda cepat-cepat salin pampers. Diarrhea ni biasanya senang menyebabkan rashes pada punggung baby.

Bila anda mesti bawa berjumpa doktor?

1. Bila bayi muntah banyak kali
2. Bila bayi tunjuk tanda dehydration – pampers kering 6 jam, mulut kering
3. Bila najis bayi berdarah atau berwarna hitam
4. Bila bayi demam tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *