loader image

13 tips untuk lakukan teknik “Tummy Time” dengan selamat dan berkesan.

tummy time

Tummy time penting sejak hari pertama untuk membantu bayi anda membesar dengan kuat – walaupun bayi anda meragam dan menangis jika anda meniarapkannya. Pakar mendapati bahawa bayi yang tidak pernah meniarap akan lambat untuk menghasilkan skill motornya.

“Pengalaman meniarapkan mereka akan membantu bayi anda belajar untuk push up,  berguling, mmerangkak, dan cuba untuk bangun,” jelas Danette Glassy, pediatrik di Pulau Mercer, Washington, dan pengerusi untuk American Academic Pediatrik untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Mengapa bayi saya tidak sukakan tummy time?

Sejak 1992, apabila AAP mula memerintahkan ibubapa untuk menidurkan bayi mereka dalam keadaan melentang untuk mengurangkan risiko SIDS, kebanyakannya tidur meniarap dan terbiasa dengan posisi tersebut. Kini, kebanyakan bayi lebih selesa dalam keadaan terlentang, apabila tidur (tidak teramsuk masa mereka duduk di kerusi, buaian, dan kerusi kereta).

Jika bayi anda tidak selesa dengan perutnya, tidak perlu hairan. Bukan sahaja ia tidak dikenali, ia juga tidak menyelesakan. Ia merupakan kerja keras untuk bayi anda mengangkat kepalanya semasa meniarap, dan dia tidak boleh melihat apa-apa dibawah. Dia akan merasa tersisih.

Bilakah kita perlu membuat tummy time?

Pastikan bayi anda tidak lapar atau letih apabila anda meniarapkannya. Jangan meniarapkannya jika dia kenyang, ia akan membuatnya tidak selesa. (Tunggu satu jam selepas menyusu untuk mengelakkannya daripada muntah.)

Apabila dia mula menangis – walaupun ia Cuma seminit – cuba untuk memujuknyad engan bercakap dengannya atau bermain dengannya. Apabila dia sedang terleka, ambil dan cuba sekali lagi.

Toleransinya untuk tummy time akan meningkat dengan pujukan dan pengalaman. Ramai bayi lebih sukakannya apabila mereka boleh berguling atau membuat pilihan lain.

Sesetengah ibubapa mendapati ianya membantu untuk meniarapkan bayinya selepas menukar lampin. Ia mudah diingati untuk membuatnya, dan bayi anda akan mahir melakukannya. Bayi anda akan menikmati pandangan dari sudut tersebut. Pastikan dia tidak meniarap berseorangan.

Bagaimana untuk membantu bayi anda untuk tummy time ?

  1. Mulakan seawal yang mungkin supaya bayi terbiasa dengan rutin ni.
  2. Macam yang saya ajar dekat posting facebook saya, mak ayah boleh gunakan teknik Tummy Time ni sejak seawal bayi dilahirkan lagi dan teruskan je sampai umur dia 5 hingga 6 bulan. 👶

Mak-mak boleh je lakukannya semasa di hospital lagi. Lagi awal, lagi baik.

  1. Bagi peringkat permulaan, baringkan je bayi kita tu secara meniarap kat atas perut ataupun kat dada kita.
  2. Nanti bila dah biasa sikit, mak ayah boleh letakkan tikar atau selimut pada permukaan yang rata. Lepas tu letaklah bayi meniarap kat situ.
  3. Make sure mak ayah sentiasa ada bersama bayi dan perhatikan bayi masa dia meniarap. Tolong pastikan bayi tak tertidur semasa Tummy Time ye.
  4. Antara waktu paling bagus untuk buat teknik ni ialah masa baby lepas mandi atau pun masa lepas tukar lampin.
  5. Tak perlu lama-lama. Mula-mula tu cukup 3 ke 5 minit je setiap kali. Lakukan 3 kali sehari. Kemudian panjangkanlah tempoh masa Tummy Time tu ikut umur baby.
  6. Mudahnya kita buat begini. Masa baby usianya 1 bulan, lakukan jumlah 10 minit sehari. Bila masuk 2 bulan cukup 20 minit sehari. Teruskan tambah sampailah 1 jam sehari masa baby kita tu berumur 5 hingga 6 bulan.
  7. Tapi bila nak buat tu jangan terlampau excited ye. Kalau anak baru lepas menyusu tak usahlah terus buat. Takut dia termuntah atau meluak.
  8. Ada sesetengah bayi ni dia mungkin tak berapa suka meniarap. Untuk baby macam tu, cubalah letakkan mainan ataupun kita baring bersama dengan dia.
  9. Sebenarnya kita boleh buat macam-macam aktiviti untuk baby yang dah besar sikit masa dia meniarap tu. Try lah letakkan patung ataupun mainan untuk bayi capai. Mak ayah kenalah kreatif sikit. Hihi. 😁
  10. Untuk bayi premature atau yang ada masalah kronik yang libatkan otot dan pernafasan, tak pun baby yang mengalami masalah refluks susu yang teruk, mak ayah tolong dapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak dulu sebelum nak lakukan Tummy Time ni. Risau mudaratnya lebih besar.
  11. Ingat ye. ❗️❗️Perhatikan baby kita tu masa dia sedang meniarap. Mak ayah jangan tertidur pulak. Risiko bayi untuk lemas tinggi tau masa meniarap. Kalau nampak bayi dah letih atau tertidur, terus letakkan dia balik ke cot untuk tidur menelentang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *