loader image

Si Kecil Sukar Tidur Dan Sering Meragam? Ayuh Kita Ke Pantai!

Dalam urusan seharian, pastinya kita mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dilakukan. Siang hari, Mummiez pasti sibuk dengan kerja. Si kecil pula sibuk dengan aktiviti pembelajaran di sekolah atau taska. Malam pula pasti masing-masing sudah keletihan untuk beraktiviti, lebih kepada menjadi ruang dan peluang untuk berehat bersama sahaja sambil menyiapkan keperluan untuk esok hari pula.

Pada hujung minggu, biasanya ramai ibu dan ayah meluangkan masa bersama keluarga di pusat membeli belah. Mungkin ada yang mencari sesuatu, ataupun hanya sekadar window shopping sahaja. 

Haa…apa kata hujung minggu ini, ibu dan ayah cuba buat kelainan pula dengan melakukan pelbagai aktiviti di pantai untuk merapatkan hubungan dengan si kecil. Selain memberi suasana baru, ia juga bermanfaat dan boleh memberi keseronokan pada si kecil dan juga ibu ayah.

Aktiviti bermain air di pantai bukan hanya sekadar memberi keseronokan, tapi sebenarnya ia dapat membantu perkembangan minda dan pemprosesan maklumat (kognitif).

Terdapat banyak manfaat membawa si kecil ke pantai. Antaranya ialah:

1. Berkaki ayam:

Betul ke berkaki ayam dapat membantu meningkatkan kesihatan dan minda si kecil? Di bahagian bawah tapak kaki kita, terdapat banyak saraf dan titik akupuntur yang berfungsi untuk menyerap cas ion dari pasir. Jadi, tidak perlu risau untuk melepaskan si kecil berjalan tanpa kasut/selipar di pantai!

2. Merangsang sensori:

Beraktiviti di pantai mampu merangsang deria dan memperhalusi kemahiran motor si kecil. Mereka boleh meramas pasir, menyentuh air, memegang batu-batu kecil, berlari di gigi air dan menikmati angin bayu yang bertiup. Angin bayu sangatlah menenangkan, dan juga kaya dengan garam mineral yang bertindak sebagai ejen pelepas tekanan kepada otak.

3. Senaman yang seronok:

Si kecil bebas berlari, bermain air dan melompat ke sana sini di pantai yang sangat luas! Ibu dan ayah juga boleh bawa sekali beberapa permainan yang sesuai untuk digunakan di pantai seperti baldi kecil, penyodok dan bola pantai. Bermain bersama si kecil dan membuat istana pasir boleh juga merapatkan lagi hubungan dengan anak!

Beraktiviti di pantai sangatlah menyeronokkan. Tapi kadang-kadang, ada si kecil yang tidak tahan dengan pasir dan air laut. Nanti mulalah gatal-gatal dan naik ruam. Silap haribulan, si kecil tidak mahu lagi ke pantai sebab tak selesa!

Oleh itu, Mummiez haruslah bawa Mamz Cream bersama. Formulasi yang tidak panas malah menyejukkan mampu memberi keselesaan kepada si kecil untuk terus beraktiviti dengan selesa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *