loader image

Petua Tradisional Untuk Rawat Ruam. Petua Yang Ke-5 Paling Senang!

“Amboi…layan sangat tu dik. Kemain eh kau menggaru!” Tapi bila perasan si kecil mula tak selesa, mulalah datang gelora di hati.

Bila tengok sahaja ruam di muka dan dada si kecil, mesti kita rasa runsing sangat kan? Anak pula baru usia 8 bulan…nak cakap pun tak boleh lagi. Paling membimbangkan kalau gatal, si comel akan mula menggaru bagai nak rak. Pantang kuku panjang sikit, lagi lah sedap menggaru. Kadang-kadang tu sampai berdarah!

Kulit bayi, terutamanya bayi yang baru lahir sangatlah sensitif. Ruam menyebabkan si kecil rasa tidak selesa. Malah ada kalanya sangat mengganggu emosi mereka kerana terpaksa menahan gatal dan pedih terutamanya jika terjadi ruam di bahagian muka dan punggung. Bila gatal mulalah menggaru hingga luka dan pedih. Kesian!

Bagi Mummiez yang mempunyai si kecil yang bermasalah ruam di bahagian pipi, biasakan dengan mengelap bahagian muka atau pipi si kecil dengan kain lembap setiap kali selepas menyusu. Ini untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu.

Hari ini Mamz nak kongsi beberapa petua tradisional bagi menghilangkan masalah ruam di muka dan kulit bayi yang mungkin terjadi disebabkan oleh ruam panas, ruam susu atau ruam lampin.

1. Ambil kelapa yang baru diparut, letak dalam kain dan tuam pada bahagian ruam. Sebaiknya gunakan kelapa yang sedang-sedang usianya, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Boleh dapatkan kelapa parut di mana-mana kedai runcit barang basah.

2. Gunakan minyak Zaitun tulen yang tidak dicampur dengan apa-apa bahan, sapukan pada bahagian ruam. Sebaiknya sapu semasa si kecil sedang tidur. Minyak zaitun ini agak melekit sifatnya, bimbang si kecil kurang selesa pula.

3. Tepung ubi kayu sebagai bedak? Sapukan tepung itu di tempat ruam dan biarkan sahaja. Jangan campur dengan air taw! InsyaAllah ruam akan hilang jika diamalkan berterusan. Kaedah ini sesuai jika ruam tu di bahagian celah kaki atau ruam lampin.

4. Ada juga orang-orang tua kita gunakan kanji nasi. Masak nasi hingga menjadi bubur, kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapu air kanji ini pada bahagian ruam semasa masih suam-suam kuku. Pastikan jangan sapu ketika masih panas ya.

5. Gunakan sahaja Mamz Cream. Picit sedikit di tapak tangan dan sapu ke tempat yang ada ruam. Paling senang sebab boleh sapu di mana-mana bahagian badan sekalipun termasuklah bahagian muka atau pipi. Krim yang lembut di kulit si kecil, tidak panas malah bertambah selesa bila menggunakannya.

Tak salah untuk kita ikhtiarkan yang terbaik buat Mummiez yang mengalami masalah ruam ini. Mulianya seorang ibu demi memastikan anak-anak sihat sentiasa! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *