loader image

JANGAN BIARKAN ANAK IKUT ORANG TIDAK DIKENALI

Kes kanak-kanak hilang seringkali terjadi tanpa mengira masa dan zaman. Telah banyak langkah pencegahan yang diajar kepada kanak-kanak untuk mengurangkan kadar kanak-kanak hilang di Malaysia.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dengan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak terutama ketika mereka bermain dengan kawan-kawan. Walaupun mereka bermain dengan kawan yang ramai, risiko untuk anak diculik masih ada kerana tiada pengawasan orang dewasa.

Ajar anak untuk berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Jangan biarkan anak berinteraksi dengan orang asing ketika berada di luar rumah. Elakkan juga orang awam untuk mengambil gambar anak anda sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak ke kelas asas seni bela diri seperti taekwando dan silat untuk mengajar anak mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 

Sekiranya perkara ini diterapkan setiap hari kepada anak-anak, pasti kita dapat menjaga keselamatan anak-anak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *