fbpx

Nak latih anak mula pose ni tak senang jugak sebenarnya. Biasanya, diorang ni mesti merungut lapar je kan. Sampai ada yg kata “matilah kalau nak pose sebulan”. Macam2 ragam anak kan. So macam mana kita ni mak ayah nak latih dia mula pose.
.
Ni Kak Ira nak share siket cara Kak Ira nak ajak anak2 belajar pose.
.
🌺BAGI DIA RASA TERUJA NAK MASUK BULAN RAMADHAN
.
Sblom bulan pose, Kak Ira cerita kat diorang ni pasal bulan Ramadhan. Ada makanan sedap2, ada solat terawih, ada moreh lepas terawih, bole beli baju raya cecantik. Nak bagi dia rasa teruja dgn bulan Ramadhan.
.
🌺MULA POSE BEBERAPA JAM DULU
.
Mula-mula tu Kak Ira suruh dia pose sampai balik sekolah jer. So takde sarapan masa nak pergi sekolah. Lepas balik sekolah bole la nak minum air dgn makan ringan2. Tapi takde makan nasi tau. Lepas dah ok, Kak Ira motivate dia supaya pose penuh sampai Maghrib.
.
🌺 PUJI DAN BAGI REWARD ANAK YANG POSE
.
Kak Ira selalu puji abang atau adek yang bole pose penuh. Siang puji, malam puji. Biar dia dengar bnyk kali. Dan Kak Ira akan bagi reward kalau dia pose penuh. Reward ni ikut apa yang dia suka. Selalunya Kak Ira belikan coklat kesukaan dia, macam Kit-Kat ke. Siang siapa pose penuh, malam dapat satu Kit-Kat😀
.
🌺BUAT JUADAH KESUKAAN MEREKA MASA BERBUKA DAN SAHUR
.
Malam sblom tidur atau pagi2, Kak Ira akan tanya anak-anak apa dia nak makan masa berbuka nanti. Kak Ira suruh dia tulis sendiri kat whiteboard apa yg dia nak. Lepas tu letak whiteboard kat ruang tamu bagi diorang selalu nampak. So dia tahu nanti masa berbuka apa makanan dia bole makan.
.
🌺REWARD DUIT RAYA
.
Kak Ira bagitahu awal-awal siapa yang pose sehari dapat RM1 atau RM2. So kalau dapat pose sebulan dah berapa kan. Bole beli mainan kegemaran dia. Ni untuk tambah motivasi dia untuk terus pose sampai hujung Ramadhan.
.
Mungkin setiap ibubapa ada cara yang berbeza nak ajak anak pose. Korang ada cara lain? Share la sikit kat komen tu. Bole la Kak Ira tahu dan cuba jugak kan😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Enter your keyword