loader image

Meyakinkan anak-anak untuk lakukan apa yang mereka tidak mahu lakukan adalah satu cabaran yang besar. Dan, cubaan menghentikan mereka untuk lakukan perkara yang kita tidak mahu boleh jadi lebih sukar.

Ada beberapa cara yang ibu dan ayah boleh cuba lakukan untuk memotivasikan anak-anak secara berhemah.

1. Mempertimbangkan ganjaran

Memberi anak-anak ganjaran boleh jadi sangat berguna buat sementara waktu bagi memastikan mereka lebih yakin dan bersemangat untuk belajar sesuatu. Tapi harus ingat, ganjaran yang terlalu kerap atau melampau juga boleh menyebabkan mereka sentiasa mengharapkan sesuatu selepas melakukan sesuatu perkara.

2. Perbualan yang bermakna

Sesuatu perbualan yang baik dan bermakna boleh memotivasikan diri anak-anak. Lumrahnya, sifat mereka adalah suka ingin tahu sesuatu itu. Penting untuk ibu dan ayah menerapkan dalam diri anak-anak perkara yang berguna dan bermanfaat daripada perbualan dengan mereka. Secara tidak langsung ia juga boleh memupuk sifat-sifat yang baik dan positif seperti kerjasama, bertolak ansur dan sebagainya.

3. Terima anak seadanya

Rata-rata anak mempunyai kelemahan dan cacat cela apabila melakukan sesuatu kerja yang disuruh. Kadangkala ada yang tidak senonoh dan tidak sempurna mengikut spesifikasi orang dewasa. Pandanglah situasi itu dari sudut positif kerana anak-anak masih lagi dalam proses pembelajaran. Tingkatkan semangat mereka apabila mereka melakukan kesilapan. Jangan sesekali melenting dan marah keranaitu akan membuatkan mereka hilang keyakinan diri. 

Jika banyak perkara baik yang mereka dengar dan lihat, maka secara tidak langsung akan mendorong dan membentuk perlakuan yang baik dalam diri. Oleh itu, amatlah penting ibu dan ayah menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Gunakan kata-kata dan perlakuan yang baik kerana mereka banyak belajar dari apa yang mereka lihat dan dengar.

Be a hero, lead by example!