TIPS IBU & BAYI

4 CARA RAWAT BEKAS GIGITAN NYAMUK PADA KULIT SI MANJA

PUBLISHED BY MAMZ 21/2/2024

Jika dibandingkan dengan orang dewasa atau kanak-kanak, kulit bayi lebih sensitif apabila terkena kesan gigitan nyamuk. Kesan gigitan nyamuk pada kulit bayi akan menyebabkan kulit bayi menjadi merah, bengkak dan kadangkala akan bertukar kehitaman dan meninggalkan parut berwarna gelap buat masa yang agak lama. Jadi, bagaimana untuk mengelak dan hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi ini?

Sesetengah bayi, biasanya mereka yang mempunyai sejarah alahan, akan mengalami reaksi anafilaksis yang serius terhadap sengatan atau gigitan serangga. Contohnya, bengkak muka, bibir, lidah dan tekak, kesukaran bernafas, dan kegagalan peredaran darah. Sengatan atau gigitan di mulut dan leher juga boleh menyebabkan bengkak dan kesukaran bernafas dan menelan.

Ibu ayah boleh cuba 4 cara ini untuk melegakan kesan gigitan nyamuk pada kulit si manja.

1. Mencegah penampilan bengkak. Jika ibu ayah melihat nyamuk yang sedang menggigit kulit si manja, segera keluarkan nyamuk dari kulit si manja. Bersihkan kulit yang disengat, kemudian sapukan ais pada kawasan gigitan nyamuk untuk mengelakkan kegatalan dan bengkak.

2. Mencegah kegatalan. Sapukan Mamz Cream untuk merawat gigitan dan mengurangkan kegatalan dan bengkak gigitan nyamuk.

3. Mencegah kulit tercalar. Kuku tajam si manja boleh melukakan kulit di sekitar gigitan dan ini akan menyebabkan bakteria mudah masuk. Selain daripada melakukan segala yang boleh untuk mengelakkan kegatalan, pastikan si manja tidak menggaru supaya kesan gigitan tidak menjadi lebih teruk dan tidak membuka laluan bakteria untuk masuk.

4. Berhati-hati dengan gejala penyakit seperti denggi. Empat daripada lima orang yang dijangkiti virus ini tidak terus sakit, tetapi ibu ayah tetap perlu berwaspada dengan simptomnya. Gejala yang mungkin berlaku termasuk demam, sakit kepala, loya, dan muntah.

Cara mudah yang boleh ibu ayah gunakan untuk melegakan kesan kegatalan dan bengkak akibat gigitan nyamuk adalah dengan menggunakan Mamz Cream. Mamz Cream selamat digunakan kerana bahan – bahannya daripada bahan semula jadi dan sesuai untuk kulit sensitif si manja. Ibu ayah boleh baca link di bawah untuk info tentang Mamz Cream

MAMZ CREAM