TIPS IBU & BAYI

5 BAHAN BERBAHAYA DALAM SKINCARE BAYI YANG IBU WAJIB ELAK!

PUBLISHED BY MAMZ 24/1/2024

Ibu ayah mesti teruja apabila ingin melakukan persediaan untuk menyambut kelahiran si comel kan. Tak dinafikan mesti ibu ayah akan rambang mata apabila dapat melihat macam – macam jenama produk bayi. Namun, ibu ayah perlu tahu bahawa bukanlah semua jenama atau produk bayi yang ada dipasaran selamat untuk digunakan tau. Walaupun dilabel “semulajadi”, ibu ayah tetap perlu berhati-hati dalam membaca detail bahan – bahan produk tersebut.

 

Oleh itu, penting bagi setiap ibu ayah untuk mengetahui bahan – bahan yang bahaya untuk kulit mulus si mana! Berikut adalah lima bahan berbahaya untuk penjagaan kulit bayi:

1. Paraben
Paraben adalah kelompok bahan pengawet yang sering digunakan dalam produk skincare, termasuk produk untuk bayi. Meskipun paraben membantu menjaga produk tetap segar dan tahan lama, mereka memiliki potensi untuk menyebabkan iritasi kulit, alergi, dan bahkan gangguan hormona. Paraben adalah pengawet sintetik, dan ianya biasa digabungkan dengan bahan lain seperti metilparaben, etilparaben, butilparaben, dan propylparaben. Ini juga merupakan bahan penjagaan kulit yang boleh membahayakan bayi.

2. Pewarna Buatan
Pewarna buatan, seperti FD&C Blue No. 1 atau FD&C Yellow No. 5, umumnya digunakan untuk memberikan warna pada produk skincare. Namun, pewarna buatan dapat menyebabkan reaksi alergi dan iritasi pada kulit bayi yang sensitif. Kulit bayi sangat senang untuk menyerap, jadi sangat penting untuk menggunakan produk tanpa pewangi dan hypo-allergenic. Elakkan minyak wangi dan pewarna, yang boleh merengsakan kulit bayi yang baru lahir.

4. Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
Sodium Lauryl Sulfate (SLS) adalah bahan yang sering digunakan sebagai agen busa pada produk skincare. Namun, SLS dapat mengiritasi kulit dan mengganggu keseimbangan kelembapan semulajadi kulit bayi. Oleh karena itu, disarankan untuk menghindari produk skincare yang mengandung SLS.

5. Talkum
Penggunaan talc atau serbuk mineral ditambah kepada bedak bayi (dan banyak produk kosmetik yang lain). Bahan ini digunakan sebagai agen pengering, boleh merengsakan paru-paru dan mungkin karsinogenik.

 Adakah produk penjagaan kulit bayi yang selamat dan semulajadi lebih mahal daripada produk yang mengandungi bahan berbahaya?
Tak semestinya. Terdapat banyak jenama produk penjagaan kulit bayi yang selamat dan semulajadi dengan harga yang berpatutan. Yang penting kita buat research sebelum beli dan cari jenama yang boleh dipercayai.

Bagaimana kita nak tahu sama ada produk penjagaan kulit bayi yang kita gunakan selamat atau tidak?
Cari produk penjagaan kulit bayi yang berdaftar dan mempunyai pensijilan keselamatan. Selain itu, perhatikan juga label produk dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Jika ragu-ragu, sentiasa berunding dengan doktor atau pakar estetik.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah dalam memilih produk penjagaan kulit yang selamat untuk si manja. Pastikan kulit bayi anda sihat dengan memilih produk yang memenuhi piawaian keselamatan dan mengelakkan bahan berbahaya. 

Ibu ayah nak tahu tak produk yang ada pelbagai manfaat? Produk yang berasaskan minyak habbatus sauda, minyak zaitun, bunga cengkih dan daun pudina yang berfungsi sebagai pengganti minyak telon. Baca je link bawah untuk info lanjut!

MAMZ CREAM