TIPS IBU & BAYI

5 TANDA IBU SEDANG ALAMI BENGKAK SUSU

PUBLISHED BY MAMZ 30/1/2024

“Aduhhh, sakitnya….”

Ibu – ibu pernah tak alami situasi tiba – tiba payudara rasa berdenyut dan seperti terkena renjatan elektrik? Ibu – ibu kemungkinan sedang mengalami situasi bengkak susu. Bengkak susu adalah situasi di mana payudara ibu yang menyusu menjadi bengkak, keras, dan menyakitkan apabila susu ibu terlalu banyak terkumpul di saluran susu. Ia selalu terjadi waktu susu ibu mula-mula masuk di awal kelahiran bayi, tetapi boleh juga berlaku pada masa-masa lain. Ia boleh menjadi sangat tidak selesa, tetapi Mommy boleh melegakan bengkak dengan beberapa cara.

Tanda-Tanda Bengkak Susu

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu sedang mengalami masalah ini. Antaranya:

  • Payudara sakit ketika dipegang
  • Puting tenggelam ke dalam
  • Payudara keras dan ada rasa ada ketulan
  • Kulit payudara tegang dan berkilat
  • Bengkak yang panas

Payudara bengkak boleh berlaku pada satu bahagian sahaja ataupun pada kedua-dua bahagian. Bengkak itu juga boleh merebak hingga ke bahagian ketiak ibu. Saluran darah dibawah kulit mungkin akan kelihatan lebih jelas pada buah dada disebabkan aliran darah yang meningkat ke bahagian tersebut. Ada juga sesetengah ibu mengalami demam disebabkan masalah ini. Tetapi jangan risau, ibu – ibu masih lagi boleh meneruskan penyusuan walaupun demam.

Jika bengkak terlalu besar, kemerah-merahan dan ibu mengalami demam yang tinggi, ibu perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Ini dapat memastikan sama ada bengkak tersebut disebabkan jangkitan kuman ataupun tidak. Jika ibu mengalami jangkitan kuman, ia perlu segera dirawat untuk mengelakkan daripada ia menjadi lebih serius dan memudaratkan kesihatan ibu dan si manja yang menyusu.

Tambahan pula, jangkitan kuman yang tidak dirawat boleh menyebabkan penghasilan nanah di dalam payudara dan ia boleh menyumbatkan saluran pengaluran susu. Ini boleh menyebabkan keadaan pesakit menjadi bertambah teruk.

Punca-Punca Bengkak Susu

Selepas bayi dilahirkan, dalam satu ke dua minggu, sebenarnya normal payudara ibu menyusu menjadi lebih besar kerana peningkatan aliran darah ke payudara untuk menaikkan bekalan dan menghasilkan susu. Tapi lain pula jadinya jika bekalan susu tersebut “tersumbat” atau susu tidak keluar, membuatkan payudara ibu bengkak. Antara punca-punca bengkak susu termasuklah:

1. Mulut bayi tidak melekap pada puting payudara ibu dengan baik.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘latching’, dimana bayi masih belum pandai untuk melekapkan bibirnya pada payudara si ibu. Ia akan menyebabkan susu tidak keluar dari payudara sepenuhnya. Jika ini berterusan, ia akan menyebabkan susu tersumbat di saluran susu ibu dan mengakibatkan pembengkakan.

2. Bayi tidak disusukan sekerap mungkin.
Kadang-kadang ada sesetengah bayi yang tidur terlalu lama atau banyak, dan tidak meminum susu dengan secukupnya. Ada pula yang suka main-main sahaja dan tidak minum dengan betul. Apabila bayi tidak disusukan dengan kerap, tentulah susu tak akan keluar dengan sepenuhnya dan menyebabkan bengkak susu kerana terlalu banyak susu berada dalam payudara dan tersumbat.

3. Menggunakan susu formula sejak bayi dilahirkan. 
Walaupun ini bukan menjadi satu masalah jika ibu memang merancang untuk memberi susu formula sejak bayi dilahirkan, badan ibu akan tetap menghasilkan susu. Iye lah, badan mana yang ‘tahu’ rancangan penyusuan kita kan? Jadi, ibu akan terasa penuh di payudara dalam hari ketiga atau keempat selepas kelahiran, dan seterusnya akan menjadi bengkak jika susu tersebut tidak dikeluarkan.

4. Tidak mempunyai jadual penyusuan yang konsisten.
Walaupun ibu cuba dengan sedaya upaya untuk memberi susu kepada bayi dengan konsisten, kadang-kadang apa sahaja perubahan dalam rutin harian boleh mengganggu jadual penyusuan tersebut.

Contohnya seperti pulang ke kerja, bayi memasuki tempat asuhan, atau penukaran waktu tidur bayi, lalu menyebabkan kelewatan dalam penyusuan, justeru mengakibatkan bengkak susu.

 5. Mengambil ubat-ubatan atau biskut yang meningkatkan pengeluaran susu. 
Ada sesetengah ibu yang mempunyai preskripsi untuk merawat keadaan lain atau pun memang mengambil ubat untuk meningkatkan pengeluaran susu, dan ada juga yang mengambil lactation cookies untuk perbanyakkan susu.

Kadang-kala ini boleh mengakibatkan bekalan susu yang berlebihan, lalu terjadilah bengkak susu.

Cara-Cara Melegakan Bengkak Susu

Walau apa sahaja penyebab bengkak susu yang terjadi pada ibu, ia merupakan satu keadaan yang menyakitkan dan akan menyusahkan ibu untuk menyusu dan juga bayi yang menyusu.

Ibu – ibu boleh cuba cara berikut untuk melegakan bengkak tersebut dan juga mengelakkannya daripada berlaku lagi.

  • Jika kesuluruhan payudara berasa keras dan bengkak, tuam payudara tersebut dengan merendam tuala dalam air panas. Kalau ibu ada alat khas tuam, boleh gunakan itu juga.
  • Kemudian tekap perlahan-lahan pada seluruh payudara untuk melancarkan pengaliran susu. Jika ibu tak boleh tahan panas, tuam payudara dengan menggunakan tuala yang direndam di dalam air yang berisi ais untuk menjadikan payudara menjadi sedikit kebas supaya ibu tak terasa sakit sangat semasa menuam.
  • Setelah dituam dengan tuala panas, ibu boleh urut-urut payudara, sama-ada seluruh payudara atau di kawasan di mana saluran susu tersebut tersumbat. Urut saluran susu kearah puting susu ibu supaya mudah dikeluarkan.
  • Perah susu keluar menggunakan teknik perahan tangan. Untuk mengeluarkan susu selepas urutan payudara, genggam payudara dengan telapak tangan untuk menolak lagi, dan gunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk memicit sedikit puting dan mengeluarkan susu.

Masalah bengkak susu, walaupun bukan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital, tetapi ia bukan perkara yang boleh diambil remeh kerana ia masih boleh memudaratkan kesihatan ibu.  

Kepada para ibu yang sedang mengalami masalah kurang susu badan, ibu – ibu boleh menggamalkan Momiz yang diperbuat daripada minyak habbatus sauda dan minyak zaitun. Momiz dapat membantu untuk menambahkan tenaga badan dan memperbanyakkan susu badan ibu. Ibu – ibu nak tahu banyak lagi tentang Momiz, baca je details di bawah!