TIPS IBU & BAYI

5 TIPS UNTUK NEW MOM UNTUK CEGAH DEMAM KUNING SI MANJA

PUBLISHED BY MAMZ 23/1/2024

Ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baru lahir disahkan menghidap demam kuning. Ingatkan lepas lahir, dah boleh terus bawa anak balik ke rumah tanpa sebarang masalah. Risau pula kalau organ dalaman seperti hati menghadapi masalah. Mesti terfikir, macam manalah badan yang kecil dan halus ini boleh kena demam kuning…

KENAPA BAYI MUDAH TERKENA DEMAM KUNING?

Sebenarnya, demam kuning bukan masalah baru di kalangan bayi yang baru lahir. Mengikut statistik, lebih 60% bayi menghidap demam kuning selepas dua atau tiga hari dilahirkan. Manakala, 80% daripada bayi yang tidak cukup bulan menghidap sakit kuning lima atau enam hari selepas dilahirkan. Ibu-ibu semua, jangan risau. Sakit kuning ini bukan disebabkan oleh masalah limpa seperti yang dihadapi oleh orang dewasa. Tetapi, ia disebabkan darah bayi mengandungi bilirubin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan sel darah merah. Hati bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk menapis atau memetabolismekan lebihan bilirubin ini. Semakin tinggi bilirubin ini, semakin banyak warna kuning merebak daripada kepala seterusnya ke abdomen. Sebab itu langkah pencegahan harus diambil seawal waktu mengandung.

1. LAKUKAN PEMERIKSAAN DARAH
Darah yang tak sepadan antara ibu dan bayi boleh menyebabkan breakdown sel darah yang menghasilkan banyak bilirubin. Wanita yang mempunyai darah O+ juga berisiko. Sebab itu penting untuk lakukan pemeriksaan darah.

2.ELAK BERSALIN AWAL
Bayi yang lahir sebelum 34 minggu berisiko tinggi untuk mendapat sakit kuning. Oleh itu pastikan anda lakukan di bawah ini untuk elak bersalin awal.

3. ‘KEEP UP-TO-DATE’ PENJAGAAN PRANATAL
Penjagaan pranatal yang konsisten akan memastikan anda dan bayi sentiasa sihat sepanjang mengandung. Jangan ‘missed’ temujanji dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang ditetapkan. Sebarang masalah juga dapat dikesan dengan segera sebelum bersalin.

4.AMAL PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI KHASIAT
Makanan berciri ‘super food’ seperti kurma, susu kambing, madu lebah, buah delima adalah antara makanan yang sangat elok dimakan sepanjang kehamilan.

5. BERSEDIA UNTUK MENYUSU BADAN
Seawal kelahiran, segerakanlah memberi susu badan pada bayi kerana ia dapat mengelakkan bayi terkena demam kuning.

Buat persediaan supaya anda lebih yakin untuk memberi susu badan kepada bayi. Walaupun ia kedengaran remeh, percayalah, proses menyusu badan bukanlah sesuatu yang begitu mudah. Ia sebenarnya memerlukan persediaan mental dan fizikal, terutamanya pada detik awal-awal kelahiran.

Bagi anak – anak ibu yang berusia 2 bulan dan keatas, ibu – ibu boleh cuba secara konsisten berikan anak untuk menggamalkan makanan sunnah seperti madu, kurma, habbatus sauda dan lain – lain. Ibu boleh bagi anak – anak consume Mamz Oil kerana Mamz Oil diperbuat daripada 100% minyak habbatus sauda yang elok untuk kuatkan antibodi anak. Ibu – ibu nak tahu banyak lagi tentang Mamz Oil, baca je info dibawah!

MAMZ OIL