Hai Mummiez! Cuaca tengah tak menentu sekarang ini. Pagi ke tengahari panas terik membahang, alih-alih petang hujan selebatnya!
Dalam keadaan ini, Mummiez sebolehnya cuba pantau pengambilan air kosong anak-anak. Ini kerana mereka lebih mudah untuk dijangkiti batuk dan selesema berbanding kita yang dewasa ini.
Berikut adalah beberapa petua yang nampak remeh tapi berkesan yang mungkin ada di antaranya pernah kita dengar dari orang-orang terdahulu.
1. Mandian Limau Nipis
Letakkan beberapa hirisan limau nipis ke dalam air mandian anak yg terakhir. Jangan campur dengan sabun taw. Limau nipis kaya dengan vitamin C dan dipercayai daapt membantu mengeringkan hingus bayi.
2. Urutan
Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam.
3. Tepukan Percussion
Tepukan ini dilakukan bagi memudahkan pengeluaran kahak. Caranya adalah dengan menepuk bahagian belakang badan menggunakan tapak tangan yg melengkung.
4. Sedutan Hingus
Ibu bapa boleh mengeluarkan hingus anak dengan cara menyedut hingus menggunakan alat penyedut hidung. Alat ini boleh didapati di farmasi dan klinik.
5. Sapuan dan Semburan Mamz Oil
Gunakan saja Mamz Oil. Hanya sapu dan sembur. Dihasilkan dari pati minyak Habbatus Sauda dan mendapat kelulusan KKM. Sangat mudah untuk digunakan!
Mamz Oil ini boleh digunakan secara internal dan external. Selain untuk kegunaan luaran, ia juga SELAMAT untuk dimakan. Hanya perlu sapu di bawah hidung, leher dan dada si kecil. Jika nak kesan yang lebih cepat, spray sedikit di dalam susu si kecil. InsyaAllah berketul-ketul kahak keluar nanti!