Ramai ibu mengalami masalah keguguran rambut. Antara punca rambut gugur adalh disebabkan oleh genetik, tekanan, hormon yang tidak stabil dan juga pengambilan ubat-ubat tertentu.
Hakikatnya, rahsia untuk dapatkan rambut yang kuat, sijat dan mampu mengatasi masalah rambut gugur bukanlah bergantung pada penggunaan syampu atau produk rambut yang berjenama semata-mata tetapi juga adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai.
Diet yang betul bukan sahaja bagus untuk memiliki rambut yang sihat, malah untuk kesihatan keseluruhannya. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disaran pengambilannya bagi memastikan rambut mendapat nutrisi secukupnya.
1. Salmon
Salmon, sardin dan ikan kembung mengandungi lemak Omega-3 yang tinggi. Lemak ini membantu dalam melindungi kita dari penyakit dan menjaga kesihtan kulit kepala untuk rambut yang sihat, kuat dan berkilat!
2. Yogurt
Mengandungi protein yang tinggi dan nutrien yang dapat membantu pengaliran darah ke kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Vitamin B5 membantu dalam melawan masalah keguguran dan penipisan rambut.
3. Bayam
Sayuran hijau ini mengandungi nutrien seperti Vitamin A, zat besi, folat, beta karoten dan Vitamin C yang berfungsi untuk merawat kulit kepala agar lebih sihat. Khasiat di dalam bayam dapat membantu mengatasi rambut mudah patah dan rapuh.
Selain itu, ibu-ibu juga boleh cuba amalkan Momiz sebagai suplemen harian. Dirumus khas dengan segala kebaikan Habbatus Sauda, Momiz dapat bantu atasi masalah keguguran rambut. Mulakan hari anda dengan Momiz!