Hidup kita sangat dekat dengan coklat. Segenap lapisan usia pasti mengenalinya. Jika kita tak suka coklat, pasti akan ada sahaja anak, saudara-mara dan rakan-rakan yang ‘hantu’ coklat. Sebenarnya, terdapat beberapa kebaikan coklat untuk kesihatan yang pastinya ramai tak sangka.
1. Mengurangkan risiko sakit jantung
Pengambilan coklat yang terkawal boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Walaupun asid stearat yang terdapat dalam koko akan menjadi asid lemak tepu, ia tidaklah menyumbang kepada perubahan paras kolestrol. Malah, ia dapat mengurangkan kemungkinan serangan jantung dan aterosklerosis yang berlaku disebabkan pembengkakan arteri.
2. Memelihara sistem saraf
Kajian menunjukkan bahawa epicatechin dan flavonoid, sebatian yang ada di dalam coklat gelap boleh membantu otak daripada penyakit strok. Dalam kajian lain pula, sebatian ini juga dapat membantu menurunkan risiko gangguan saraf seperti penyakit Alzheimer.
3. Mengawal tekanan darah
Flavonoid dalam koko mengandungi polifenol seperti catechins, epicatechins dan procyanidins yang dapat meningkatkan kadar oksida nitrat dalam darah. Oksida nitrat membantu mencegah penebalan dan mengekalkan kecairan darah seterusnya mengurangkan tekanan pada arteri dan urat dan akhirnya dapat membantu untuk mengawal tekanan darah.
Haa dah tahu kan beberapa kebaikan coklat pada kita? Walaupun ia memberi kebaikan kepada kesihatan kita, tapi ambil lah coklat dalam kuantiti yang bersesuaian dengan kita. Apa-apa pun jika diambil secara berlebihan pasti akan memberi kesan buruk pada kita.
Mamz are the best