Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 bermula tahun lalu, tidak dinafikan ia memberi kesan keapda ramai pihak termasuk kanak-kanak. Antara impak yang paling dibimbangi terhadap kanak-kanak adalah tahap kesihatan mental mereka.
Mungkin sukar untuk ibu dan ayah mengenal pasti ciri-ciri anak tertekan. Sebenarnya, mereka kuat memendam rasa. Malah, jika tertekan mereka lebih gemar berdiam diri daripada meluahkan perasaan kepada ibu dan ayah.
Jom kita kenali 5 tanda anak sedang tertekan!
1. Sering bermimpi ngeri.
2. Bertindak agresif secara fizikal/lisan.
3. Menyendiri daripada keluarga dan rakan-rakan.
4. Reaksi berlebihan.
5. Berkelakuan hiper (tantrum)
Berikan anak-anak perhatian yang secukupnya dan kekalkan rutin biasa untuk keselesaannya. Gunakan kaedah penceritaan seperti buku cerita teladan untuk menegur anak-anak secara tidak langsung. Ibu dan ayah juga harus memupuk keyakinan diri anak-anak supaya dia boleh berdepan dengan cabaran dan menyelesaikan masalahnya dengan penuh hemah.
Mereka lebih mudah untuk berdepan isu kesihatan mental kerana masih mentah untuk menangani tekanan yang dihadapi. Sekiranya gejala kesihatan mental yang tidak ditangani dengan baik, ia boleh memberi kesan yang lebih serius untuk jangka masa yang panjang.