Cuti sekolah hanya berbaki beberapa hari lagi, tapi tak pergi mana-mana pun. Anak-anak hanya menghabiskan masa lapang di rumah dengan aktiviti yang kurang menarik. Haa! Apa kata ibu dan ayah ambil peluang ini untuk luangkan masa bersama anak-anak bercuti di rumah.
Pelbagai aktiviti mudah dan menyeronokkan boleh dilakukan bersama. Jom kita tengok 5 aktiviti cuti sekolah yang menjimatkan tapi masih menarik untuk dilakukan bersama anak-anak di rumah.
1. Movie Day!
Tak perlu beli tiket wayang dan tonton dalam masa yang terhad lagi kerana menonton filem di rumah lebih santai. Berikan anak-anak pilihan untuk menonton filem kegemaran mereka. Selain dapat mengisi masa lapang, hubungan ibu-ayah dan anak-anak juga akan bertambah erat!
2. Balik Kampung
Menjadi satu kemestian apabila tiba musim cuti sekolah untuk pulang ke kampung halaman! Cuti sekolah adalah masa yang sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan nenek dan datuk dan juga saudara-mara di kampung.
3. Naik Pengangkutan Awam
Ibu dan ayah boleh meluangkan masa dengan anak-anak dengan cara bersiar-siar di bandar, tapi dengan menaiki pengangkutan awam. Pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang boleh digunakan seperti komuter, bas, MRT dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat merangsang sifat adventurous anak-anak dan memberi peluang mereka untuk meneroka perkara-perkara baru.
4. Jom Pergi Pasar!
Haa…ini adalah antara aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak. Kenapa? Selain dari membantu ibu dan ayah untuk membawa barang, anak-anak dapat belajar mengenal pelbagai jenis barangan di pasar seperti bahan masakan mentah, rempah ratus, sayur-sayuran dan buah-buahan. Biasalah kalau duduk di bandar, kadang-kadang jenis sayur atau ikan pun tak kenal kan?
5. Kayuhan Sang Juara
Aktiviti berbasikal bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga, malah dapat menyihatkan tubuh badan kita. Luangkan sedikit masa untuk pergi ke taman permainan atau taman rekreasi dan beraktiviti di sana. Jika ibu dan ayah ada sedikit kekangan untuk ke taman, boleh juga lakukan aktiviti berbasikal di kawasan perumahan. Jangan lupa tegur jiran-jiran ya!
Anak-anak kurang sihat dan tidak bermaya di musim cuti sekolah ini? Berikan mereka Emune-X Junior! Kaya dengan pelbagai khasiat hasil gabungan makanan Sunnah dan makanan-makanan hebat, rasanya yang sedap pastinya menarik minat anak-anak. Hisap-hisap dan sihat selalu!