Dalam kesibukan ibu dan ayah bekerja mencari rezeki, penyediaan sarapan di awal pagi adalah sedikit sukar kerana dalam waktu pagi yang singkat itulah segala-galanya perlu diselesaikan sebelum mula bertolak.
Tapi tahukah ibu dan ayah, sarapan pagi untuk anak adalah tidak mustahil untuk disediakan jika sudah ada menu pilihan menggunakan bahan-bahan yang mudah.
Jom kita tengok menu sarapan apakah yang mudah dan sedap untuk anak-anak dan sudah pasti bakal menjadi kegemaran mereka!
1. Roti Telur
Cara penyediaan: Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati. Potong roti kepada empat potongan kecil. Celupkan depan dan belakang roti dalam sebatian telur tadi dan goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan atau sedikit minyak jika menggunakan kuali biasa untuk menjadikan hidangan ini sihat!
2. Cekodok Pisang
Cara penyediaan: Lenyekkan pisang, tepung gandum, sedikit soda bikarbonat, garam dan gula secukup rasa. Tambah sedikit sahaja air untuk lembutkan adunan. Rehatkan adunan 10-15 supaya sebati. Panaskan kuali dengan api sederhana untuk mengelakkan hangit semasa menggoreng. Bentukkan adunan menggunakan sudu atau tangan dengan cara teknik jemput (cara suapan nasi).
3. Pasta Tomato
Cara penyediaan: Gunakan pasta jenis spiral atau macaroni, rebus selama 10-15 minit sehingga lembut. Tumis bawang, bawang putih dan protein (ayam/daging/udang/telur). Masukkan pes tomato, lobak merah yang dipotong dadu dan sedikit mixed herbs. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Haa mudah bukan? Menu di atas biasanya hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit sahaja untuk disediakan, dan akan menjadi lebih cepat sekiranya ibu-ibu telah sediakan bahan-bahan masakan sehari atau malam sebelumnya. Kalau ibu-ibu ada menu-menu lain yang lebih ringkas dan sedap boleh kongsikan di dalam group telegram “Kelab Mama Dan Bayi Sihat” ya. Selamat mencuba!