Alhamdulillah, tahun 2022 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai memori suka dan duka serta penat lelah telah tercipta sepanjang 365 hari yang lalu. Tahniah diucapkan atas segala azam dan impian yang berjaya dicapai pada tahun lepas!
Hadirnya tahun 2023 adalah untuk menyahut cabaran azam kita yang masih belum terlaksana serta impian baharu. Tiada idea untuk azam baharu sempena 2023 ini? Jom kita lihat 3 azam yang selalu dilakukan oleh orang berjaya setiap tahun.
1. Nyatakan Matlamat, Bukan Penyelesaian
Orang-orang berjaya akan menggantikan perkataan “azam” kepada perkataan “matlamat.” Ini kerana sifat perkataan matlamat itu membawa maksud yang lebih kuat berbanding azam, di mana matlamat memberi dorongan yang lebih kuat untuk perkara yang perlu dicapai pada tahun berkenaan. Kita boleh tetapkan dan huraikan dengan lebih spesifik dalam bentuk “S.M.A.R.T.” iaitu:
S: Specific
M: Measureable
A: Attainable
R: Realistic
T: Timely
2. Pengurusan Masa Yang Baik
Benarlah kata peribahasa, masa itu emas! Orang yang berjaya tidak membazirkan masa walau sedetik pun. Setiap detik itu sangatlah berharga. Oleh itu, 24 jam yang tersedia pada setiap orang haruslah digunakan dan dimanfaatkan sebaik dan semaksimum mungkin. Gerak kerja yang produktif juga memerlukan disiplin yang tinggi.
3. Menguasai Ilmu Baru
Orang yang berjaya adalah orang yang pakar dalam bidang yang dilakukan. Lebih hebat jika orang itu tahu selok-belok ilmu yang berkait dengan bidangnya. Ilmu melalui pembacaan teori dan praktikal amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Selain itu, orang-orang berjaya ini ada mentor atau gurunya yang mana penting sebagai tempat kita meminta pendapat dan nasihat serta motivasi. Mungkin ada yang selesa bergerak secara sendiri, namun ada masanya berdua lebih baik di mana mentor sebagai tempat rujukan yang sahih dan benar.