Tahun 2023 ini dijangkan lebih mencabar berbanding tahun sebelumnya. Bagi ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan, pastinya beberapa perancangan mengenai persiapan persekolahan telah diambil kira.
Kebanyakan ibu dan ayah akan membuat pengiraan bayaran yuran, senarai barang keperluan sekolah, tambang van/bas sekolah dan sebagainya sebagai langkah pengiraan bajet. Sedikit sebanyak memberi debaran kerana akan ada lagi satu perbelanjaan besar yang bakal tiba selepas sesi persekolahan iaitu puasa di bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi memudahkan ibu dan ayah menyediakan bajet untuk berbelanja, ada beberapa panduan yang kami boleh kongsikan agar ibu dan ayah boleh buat pilihan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.
Buat Senarai Barangan Keperluan
Ibu dan ayah yang baru pertama kali menguruskan kemasukan anak ke Tahun 1 persekolahan pastinya agak kekok dalam memikirkan apa yang perlu disediakan. Tak semua barang yang terlintas di fikiran kita akan digunakan oleh anak kita di sekolah.
Beli Pakaian Seragam/Aktiviti Sekolah
Bagi membantu ibu dan ayah berbelanja dengan harga-harga berpatutan, kami cadangkan ibu dan ayah agar berbelanja di kedai-kedai pakaian one stop center bagi menjimatkan masa dan tenaga dalam mencari pakaian yang diperlukan oleh anak-anak. Untuk peralatan belajar pula, ibu dan ayah boleh berkunjung ke ‘kedai berhantu’ seperti kedai RM 2.40. Haa yang ini kena hati-hati sikit lah. Kedai RM 2.40 ni lain macam sikit aura tarikannya…
Sekiranya ada penambahan, ibu dan ayah boleh sediakan mengikut keperluan anak-anak. Walau apa pun, berbelanjalah secara berhemah dan mengikut keperluan serta kemampuan masing-masing.