Ibu dan ayah mudah tertekan sekiranya si manja sukar tidur terutamanya jika mereka terjaga pada waktu malam. Walaupun normal bagi segelintir untuk mengalami kesukaran, kadang kala ia boleh berlaku disebabkan oleh masalah kecelaruan tidur.
Sering kali kita membaca berkenaan dengan jumlah jam tidur normal bagi si manja, namun kita tidak menjaga paten tidur mereka. Perkara ini adalah penting memandangkan maklumat tersebut hanya membertiahu berkenaan dengan durasi tidur yang perlu untuk anak-anak membesar dengan optimum.
Apabila si manja sedang membesar, perubahan tubuh badan dan minda boleh menyebabkan anak sukar tidur. Si manja mungkin berasa resah atau ingin dipeluk setiap masa di malam hari.
Mungkin mereka berada dalam fasa mengenali perkataan atau mempelajari cara untuk menyebut sesuatu dan teruja untuk menyebut semua benda sehingga teruja untuk tidak tidur.
Masalah si manja sukar tidur tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mempengaruhi proses tumbesaran dan tahap kesihatan mereka secara menyeluruh.
Jika si manja ada simptom lain yang berkait dengan kecelaruan tidur seperti perasaan ada serangga merayap, tidur berjalan dan sebagainya, rujuklah doktor dengan segera.
Jangan biarkan si manja dan anda menderita kerana tak cukup tidur!