loader image

LINDUNGI ANAK DARIPADA DICULIK

Acap kali kita dengari kes penculikan kanak-kanak terutama ketika bermain di taman permainan. Baru-baru ini terdapat kes remaja 16 tahun hampir diculik apabila pergi ke kedai. Pada era baharu ini penculikan berlaku tanpa mengira usia. Sebagai ibu bapa kita perlulah cakna akan langkah keselamatan agar anak terhindar daripada kes penculikan. Di sini kami kongsikan beberapa langkah untuk melindungi anak dari diculik.

 

1. Teman Anak Anda Ketika Bermain

Pastikan anak anda sentiasa di bawah jagaan anda atau orang yang anda percayai dan kawasan anak anda bermain berada di dalam kawasan penglihatan anda. Elakkan membiarkan anak berjumpa dengan kawan di tempat yang terpencil tanpa pengawasan orang dewasa.

 

2. Awasi Orang Yang Tidak Dikenali

Ajar anak untuk tidak terlalu ramah dengan orang asing terutama di tempat yang sesak kerana penculikan boleh terjadi dalam sekelip mata. Latih anak untuk menjerit meminta pertolongan sekiranya berada di dalam keadaan yang bahaya.

 

3. Ambil Foto Anak Setiap Kali Keluar Rumah

Penting untuk ambil gambar anak setiap kali keluar rumah agar sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku, ibu bapa dapat memberikan pakaian yang dipakai oleh anak. 

 

4. Pegang Tangan Anak Ketika Berjalan

Anak-anak kebiasaannya akan berlari apabila keluar dan perhatian mereka mudah teralih kepada perkara yang mereka suka. Kebarangkalian anak untuk terpisah dengan ibu bapa sangatlah tinggi terutama di kedai mainan. 

Mari bersama menggalas tanggungjawab untuk mengelakkan anak daripada diculik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *