loader image

CARA NASIHAT ANAK IKUT JANTINA

Setiap anak dilahirkan dengan personaliti yang berbeza maka cara untuk menasihati anak sudah tentunya berbeza. Jantina anak juga memainkan peranan penting dalam mencari kesesuaian untuk menasihati anak. Anak lelaki kebiasaannya mempunyai personaliti yang lebih kuat dan anak perempuan mempunyai personaliti yang lembut. Maka cara untuk menegur anak juga akan berbeza.

Anak lelaki

1. Memberikan pesanan dan nasihat di telinga sebelah kiri.

2. Peluk anak setelah selesai menitipkan pesan.

3. Usap bahagian atas di belakang kepala anak.

Anak perempuan

1. Bercakap sambil memandang tepat ke wajahnya dalam keadaan bertentangan mata.

2. Pandang mata anak sewaktu memberikan nasihat.

3. Peluk sambil usap belakang badan anak setelah memberikan nasihat.

Sebagai ibu bapa, dalam menasihati atau menegur anak elakkan memukul anak. Ini boleh menganggu emosi anak dan merasa diri mereka tidak diperlukan. Selepas memarahi anak, terangkan semula pada mereka mengapa kita mengambil tindakan tersebut. Usap tubuh anak supaya anak tahu bahawa kita menyayangi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *