Dengan secubit kreativiti dan sikap optimistik, ibu dan ayah boleh menangani kebosanan anak-anak. Di samping memastikan anak-anak kekal sihat dan gembira, ibu dan ayah juga boleh memanfaatkan waktu yang terluang untuk merapatkan hubungan dengan mereka.
Berikut adalah 5 idea yang kami akan kongsikan untuk membantu anak-anak kekal sihat dan terhibur.
1. Berkelah di dalam rumah
Sediakan juadah ringan seperti sandwic dan hamparkan sehelai kain, pasang lagu latar bertemakan alam sekitar dan nikmati waktu yang terluang dengan berkelah di ruang tamu.
2. Berkelah di luar rumah
Sama juga dengan berkelah di dalam rumah, tapi bezanya kali ini ia dilakukan di luar rumah pula. Pilih tempat yang redup dan ada permandangan yang menarik. Sudah pasti suasana tenang dan mendamaikan dapat memberi suatu pengalaman baharu kepada anda dan keluarga.
3. Hubungi ahli keluarga dengan panggilan video
Beri peluang kepada anak-anak anda untuk bertanya khabar dengan menghubungi mana-mana ahli keluarga melalui panggilan video. Kaedah ini sangat sesuai untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dan rakan taulan.
4. Nikmati permainan ‘jigsaw puzzle’
Permainan ‘jigsaw puzzle’ dapat memupuk kerjasama dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara teratur dan teliti. Mulakan dulu dengan ‘jigsaw puzzle’ yang asas dan mudah untuk disiapkan, sebelum beralih kepada tahap kesukaran yang lebih tinggi.
5. Ajar anak anda untuk bermain catur
Menurut kajian, permainan catur dapat memperbaiki memori visual dan konsentrasi kanak-kanak. Catur juga dapat memupuk kemahiran menyusun strategi dan menggalakkan anak untuk berfikir dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.