Menjadi ibu dan ayah baharu, tugas yang menggentarkan terutama apabila anda kini mempunyai bayi untuk dijaga dan disayangi.
Bimbangkan keselamatan dan kesihatan, malam tanpa tidur, membersih dan berkejar dengan tugasan harian, kadangkala mengundang tekanan.
Berikut adalah 3 tips bagi memastikan ibu dan ayah dapat menikmati kemanisan keibubapaan dengan tenang.
1. Hadkan interaksi anak anda
Disebabkan bayi baru lahir sensitif kepada persekitaran dan orang baru, ibu dan ayah dinasihatkan meminimumkan ziarah-menziarahi sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu pertama.
Cuba untuk tidak membenarkan orang baru untuk mencium atau memeluk si kecil sementara anak anda menguatkan sistem imunisasi mereka kerana mereka masih belum dilindungi dengan vaksin.
2. Kongsi tugasan membersihkan rumah
Senaraikan tugasan yang perlu dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan. Jangan lupa untuk menjadualkan masa sendiri secara berasingan daripada hal rumah.
Penjagaan diri juga penting dan adalah sebahagian daripada pengurusan hal rumah.
3. Cari masa untuk diri sendiri
Peluang terbaik untuk dapatkan masa bersendirian adalah ketika mandi. Gunakan peluang ini untuk mengetepikan sedikit masa sekerap mana yang anda inginkan untuk satu mandian yang melegakan tekanan sebagai rutin baru anda.
Aromaterapi terbukti sangat membantu dalam melepaskan lelah harian atau tekanan, jadi pilih aroma yang wangi dan terapi ini memberikan anda semangat baru untuk terus menjadi ibu dan ayah yang terbaik.