Menjadi ibu dan ayah baharu, tugas yang menggentarkan terutama apabila anda kini mempunyai bayi untuk dijaga dan disayangi.
Bimbangkan keselamatan dan kesihatan, malam tanpa tidur, membersih dan berkejar dengan tugasan harian, kadangkala mengundang tekanan.
Berikut adalah 3 tips bagi memastikan ibu dan ayah dapat menikmati kemanisan keibubapaan dengan tenang.
1. Rutin tidur
Jadikan rutin tidur si manja rutin tidur untuk anda sendiri. Ini kerana tidur memberikan badan dan diri anda rehat yang selayaknya sepanjang hari.
Pastikan bayi dalam pemerhatian ibu dan ayah dapat bersiap sedia apabila si manja perlukan sesuatu.
2. Beberapa bulan pertama akan penuh dengan cabaran
Kami cadangkan supaya semua ibu dan ayah baru untuk menyertai kelas pendidikan keibubapaan. Kebanyakan kelas akan mengumpulkan keluarga yang mempunyai bayi yang sebaya, jadi semua orang sedang menghadapi perkara yang sama.
Perkumpulan ini dapat menjadi sumber rujukan yang pastinya sangat membantu dan menjadi saluran yang sangat diperlukan.
3. Percaya naluri mummies
Dengan pelbagai petua yang diberikan dan buku yang perlu dibaca, ibu dan ayah pasti akan rasa adanya beberapa perkara yang mungkin tidak sesuai untuk ibu, ayah dan si manja.
Jangan rasa bersalah atau terpaksa lakukan apa-apa yang tidak sesuai untuk keluarga anda. Ikut kata hati anda, kerana hanya anda yang tahu tahap kesesuaian sebenar.