TIPS IBU & ANAK
CARA POTONG KUKU SI MANJA ELAK TERKENA ISI KUKU
POSTED ON 25/10/2013 BY MAMZ
CARA MEMOTONG KUKU ELAK TERKENA ISI KUKU
Mommiz yang baru pertama kali bergelar ibu mesti rasa kekok dan berdebar setiap kali nak potong kuku si manja kan?
Sebelum Mommiz ikut tips dekat atas, Mommiz kena pastikan dulu :
1. Cari kedudukan yang baik
Duduk di dalam rocker, letakkan bayi di pangkuan anda atau baringkan si manja di atas katil semasa mereka tidur. Cari tempat yang sesuai untuk anda duduk dengan selesa.
2. Pastikan pencahayaan yang baik
Jangan cuba memotong kuku bayi anda di dalam bilik yang bercahaya malap, walaupun mereka sedang tidur.
3. Pastikan bayi duduk diam
Semakin banyak tangan mereka bergerak, risiko untuk anda terpotong isi kuku mereka secara tidak sengaja akan meningkat. Jika bayi kelihatan gugup, bercakap atau menyanyi semasa anda sedang memotong kuku.
4. Gunakan papan emeri
Jika terdapat bahagian tepi kuku yang kasar, gunakan emery board untuk melicinkannya.