TIPS IBU & ANAK
BOTOL SUSU MAHAL TAK JAMIN KUALITI BAGUS. GUNA TIPS NI UNTUK PILIH BOTOL SUSU ANAK.
PUBLISHED BY MAMZ 15/1/2024
Di pasaran memang terdapat pelbagai jenis pilihan saiz dan bentuk botol susu. Ada yang kecil , yang besar dan juga lebar . Tahukah mommiz semua , pemilihan botol susu amat penting bagi memberi keselesaan dan keselamatan penyusuan buat anak-anak kita? Ya, botol susu memainkan peranan penting dalam setiap sesi penyusuan . Botol susu berperanan sebagai alternatif kedua kepada anak-anak yang menyusu . Kebersihan botol susu juga haruslah berada ditahap yang maksimum dan perlu dijaga dengan baik sekali untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit .Kekerapan pertukaran botol susu adalah bergantung kepada tahap kualiti dan cara penggunaan botol susu tersebut. Bahasa mudahnya , kalau dah tengok botol susu dah penuh geseran, penutup botol susu yang mula merapuh dan botol susu yang sudah menguning sampaikan ada kerak susu yang sukar ditanggalkan, atau lubang saluran puting tu dah tersumbat , eloklah tukarkan dengan botol susu yang baru yer. Kesian kat anak kita terpaksa hisap susu menggunakan botol susu yang tak selamat lagi. Setuju tak mommiz ?
Meh kita kongsikan dekat mommiz tips sebelum membeli botol susu si manja.
1. Bebas BPA
BPA ialah nama singkatan bagi Bisphenol A iaitu sejenis bahan kimia yang biasa ditemui pada kebanyakan botol susu yang dijual di pasaran, terutamanya yang berharga murah. Fungsi BPA ialah untuk menjadikan botol susu keras serta bersifat jernih dan lutsinar. BPA akan keluar dari botol susu dan masuk ke dalam susu anak apabila anda memanaskan botol berulangkali, membasuh botol susu dengan air panas atau menggunakan botol yang sama untuk tempoh masa yang lama.
Botol susu yang mengandungi BPA sangat membahayakan kesihatan dan di antara risiko yang dihadapi anak yang menggunakan botol susu yang mengandungi BPA ialah:
- Meningkatkan risiko kanser payudara
- Menyebabkan risiko anak mengalami akil baligh pada usia yang terlalu muda
- Mengganggu proses tumbesaran anak
- Mulut yang kecil, tak muat untuk memasukkan berus mencuci botol
- Bentuk yang berbucu dan sukar untuk dibersihkan dengan berus mencuci botol
- Puting silikon tidak akan berbau seperti puting lateks
- Puting silikon lebih tahan lama dan tak mudah koyak berbanding puting lateks
- Anda tidak tahu sekiranya anak anda alah kepada lateks atau tidak, oleh itu elakkan daripada membeli puting susu lateks untuk mengelakkan perkara yang buruk.
Selain itu, anda perlu tahu aliran puting yang paling sesuai untuk anak anda. Terdapat 3 jenis aliran puting yang dijual di pasaran iaitu:
- Aliran laju. Puting susu aliran laju sesuai untuk bayi yang sudah besar dan pandai minum dari sipping cup.
- Aliran sederhana laju pula sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas.
- Aliran perlahan. Puting susu dengan aliran perlahan lebih sesuai untuk bayi yang baru lahir atau bayi yang mudah tersedak susu.
- Bau. Botol susu yang dibuat dari kaca tidak berbau.
- Berat. Botol susu dari plastik lebih ringan berbanding botol susu kaca.
- Ketahanan. Botol susu kaca mudah pecah atau retak apabila terjatuh. Namun, botol susu kaca tahan lebih lama daripada botol susu plastik.
- Mudah dicuci. Botol susu kaca lebih mudah dicuci berbanding botol susu plastik.
- Tahan haba panas. Botol susu kaca lebih tahan haba panas berbanding botol susu plastik.
- Menarik perhatian anak. Botol susu plastik biasanya datang dalam bentuk dan corak cantik yang lebih menarik minat anak.
- Harga. Botol susu plastik biasanya lebih murah daripada botol susu kaca.
- Untuk bayi yang baru lahir, botol bersaiz 2oz sudah memadai kerana bayi kecil tidak minum susu dalam kuantiti yang banyak dan anda perlu perlu tukar botol susu setiap 3 bulan ataupun apabila terdapat kesan calar pada botol susu plastik.
- Untuk bayi yang besar dan mula minum susu dalam kuantiti yang banyak setiap kali menyusu, anda boleh belikan botol susu bersaiz besar.
- Apa yang paling penting, pilih botol susu yang sesuai dengan mulut bayi anda dan tahap perkembangannya supaya bayi merasa selesa ketika minum dan mengelakkan daripada berlaku kejadian tersedak susu.
- Pencuci botol susu. Elakkan daripada membasuh botol susu dengan pencuci pinggan mangkuk
- Berus mencuci botol susu
- Sterilizer. Membasuh sahaja tidak mencukupi. Anda perlu sterilkan botol susu sekurang-kurangnya seminggu sekali.