loader image

3 kali sapu dah keluar muntah, anak dah tak batuk kuat lagi

Hi Mummiez,

 

Kalau anak Mummiez batuk berkahak dan selsema berpanjangan, dan ahli perubatan diagnose pneumonia, wajib baca ni.

 

 Harini Teacher Sofwa  nak kongsi successful story saya sendiri yang dah gunakan mamz Oil ni.

 

Ceritanya bermula……

 

Berlaku hari Ahad lepas. Lepas settle kemas barang anak-anak ke taska, sofwa pun siap-siap nak tidur dengan anak-anak. 

 

Bila anak start menyusu, terasa hangat badan dia. Minta thermometer pada suami, cek 37.7°C. hurm Adib confirm demam ni.

 

 Huhuhu kita mak mak memang hentikan niat la untuk tidur nyenyak tu , sbb kena jaga suhu badan Adib. Fikir balik, alamak esok dah la kerja, FIRST DAY kerja tau Mummiez. 

 

Bayangkan la nervous dia macam mana, kerja tempat baru, tak dapat tidur yang cukup. Dah macam panda dah malam tu. Kerap- kerap cek suhu badan Adib, lepastu buat teknik tepid sponging, ambil air, tuam ketiak tuam kepala, perah balik kain tu. 

 

Kena ingat tau Mummiez, nak turunkan suhu kena kerap angkat kain dari kulit, supaya suhu badan yang panas terangkat keluar dan digantikan dengan suhu air yang lebih rendah. Buat benda sama satu malam. 

 

Dah selesai satu malam. Lepastu pergi juga kerja Alhamdulillah dimudahkan. Nak dijadikan cerita, bawa la balik MAMZ OIL untuk dijadikan bahan video. Balik Adib demam lagi, tapi kalini batuk dia lain macam! 

 

Batuk yang tak berhenti tau. Dengan nafas berbunyi dan laju. Jam 7 malam fikir macam okay kot, jam 8 suhu badan Adib naik sampai 39.uish tinggi ni demamnya.

 

mama abah dah start risau, cepat-cepat bawa pergi emergency Hospital Serdang. Paramedik cek dulu, dia kata dia ambil kes ni, sebab kiraan nafas Adib lebih 30 untuk 60 saat.kalau bayi normal kiraanya hanya 40-30 / saat bagi bayi 6 bulan.

 

Dipendekkan cerita, kami tiba dari jam 8.50PM. Sambil menunggu risau sebab anak batuk, dah mula dia tak selesa, bagi susu tak nak. Teringat pula ada bawa MAMZ OIL.

 

Masa tu penuh yakin, inshaAllah sapukan lah, mana tahu kurang sikit batuk. Kali ke tiga dia batuk panjang dan Muntah. Allah kelam kabut masa tu. Tunggu cleaner pun ambil masa, lepas tu, baru la adib start menyusu dan tidur.

 

Tunggu sampai jam 11,  baru Doktor cek, pasangkan Nasal Prong, jam 2am baru ambil darah, dan jam 4am baru xray. Tunggu-tunggu result Alhamdulillah xray dan darah tak menunjukkan sebarang jangkitan. 

 

Ya Allah syukur nya tak perlu on antibiotik. Terjadinya jangkitan pada paru- paru bila kahak tu tak keluar dari paru-paru, dia terkumpul dan akan mnyebabkan bakteria atau virus mula singgah. 

 

Dan Alhamdulillah sepanjang pagi tu Adib tak demam dan batuk pun kurang. Eh elok pula dia, saja je ya nak ajak mama tidur hospital 1 malam. Balik dari hospital jam 12 tengah hari terus mandikan Adib, dan sampai harini terus amalkan Sapuan MAMZ OIL setiap kali lepas mandi. InshaAllah dengan yakin, Allah bantu untuk kuatkan antibodi anak.

 

MAMZ OIL ni sangat best tau sebab tekstur minyak, dan bau pun tak kuat, sebab dia tiada bahan kimia. Semua bahan adalaj dari tumbuhan. Sebab tu boleh je spray kan dalam makanan dan susu. 

 

Okay jangan lupa tau amalan ini disamping, Mummiez amalkan makan makanan yang berkhasiat dan bayi 6 bulan ke atas konsisten pengambilan real food. Eh apa tu real food? Haa nanti kita share apa tu real food. InshaAllah lepas ni kita share lagi ramai successful story Mummiez. Okay stay tuned.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *