loader image

Anak kurang keyakinan? Mummiez dan ayah buat ni.

Mesti mummiez mengimpikan anak yang bertanggungjawab dan berani berdepan cabaran. Haruslah bermula sejak mereka kecil lagi. Golden time anak pada usia 3-6 tahun. Sewaktu anak di usia inilah Mummiez perlu fokus pada perkembangan mereka. Bagaimana hendak memastikan mereka mampu bina keyakinan mereka? Mari kita huraikan.

1)MENDENGAR LUAHAN ANAK

Anak-anak kecil sewaktu tumbesarannya amat aktif. Di usia inilah mereka banyak bercakap dan bertanya. Dalam kajian mengatakan kanak-kanak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang kepada ibu bapanya.

Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, ibu bapa haruslah bijak untuk mencuri masa bagi berbicara selain mendengar masalah anak-anak.Ketika anak sedang meluahkan perasaannya, berilah “respons” walaupun hanya mengangguk faham, berkata ‘ya’. Berhenti buat sebarang kerja dan berilah masa untuk mereka berbicara, dan “eye contact” adalah penting bagi menandakan yang ada sedang menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak.

2) LAYAN ANAK SECARA ADIL

Perbezaan layanan dan perhatian pastinya amat melukakan hati anak-anak kerana diperlakukan sebegitu oleh ibu bapa sendiri. Hal ini akan membuatkan mereka lebih tiada keyakinan diri, malahan mereka akan cuba melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian ibu bapa, malangnya setiap tindakan dilakukan si anak sering dianggap tidak betul dan akan menyalahkan mereka sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.

Ibu bapa perlu bijak melihat dan mengenal pasti potensi yang ada dalam diri setiap anak dan harus memainkan peranan dalam membantu menyerlahkan potensi mereka.

3. DOAkan anak-anAK

Kalau mahu anak berjaya, doa ibu-bapa itu penting. Jika nampak mereka selalu dalam keadaan teragak-agak dan tidak tahu mahu buat apa, ajar secara terus. Itu jika anak-anak berada di hadapan mata.

Jika tidak, panjatkan doa pada Allah agar menjaga anak-anak dan keluarga kita. Kepada Allah juga kita berserah segalanya.

4. HASILKAN AKTIVITI untuk anak

Bawalah anak anda untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti dan program anjuran luar. Sebagai contoh, hantar anak anda untuk memasuki kelas teater, pertandingan mewarna, pertandingan menyanyi atau apa sahaja bagi membolehkan mereka melibatkan diri dan bergaul dengan orang luar, sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dan mendapat kenalan baru.

Apabila mereka sudah mempunyai hobi baru pasti mereka akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan keyakinan diri anak anda tambahan pula apabila mereka dapat berinteraksi dengan orang yang mempunyai hobi yang sama. Okay Mummiez,sehingga kita jumpa lagi di entri seterusnya. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *