loader image

Pakar kongsi, hidu bau bayi merangsang hormon Gembira

Patutlah bila ada bayi baru lahir je kita teruja nak bau bayi Mummiez. Kerana bau yang harum seakan-akan bau syurga. Bau yang menenangkan sampai geram rasa nak gomol si Manja Mummiez. Mummiez tahu tak kenapa bau bayi boleh berikan kebaikan kepada Mummiez. Mari kita kongsikan ilmu ini dari seorang Pakar, Doktor Redza Zainol.

 
 

Menurut perkongsian Dr. Redza Zainol, bila Mummiez hidu kepala Si Manja, hormon neuro bernama dopamine akan dirembeskan dari beberapa bahagian otak. 

Sebelum tu, Mummiez tahu tak apa tu hormon Dopamine? Ia merupakan hormon yang akan menjadikan Mummiez rasa bagus dan seronok. Ia membantu Mummiez rasa happy dan enjoy fasa bersama anak.

Untungnya ada Baby, sebabnya Mummiez, semakin kerap mummiez hidu bau Si Manja, semakin banyak hormon dopamine terhasil dan kegembiraan terhasil. Disamping itu, bau bayi juga boleh meningkatkan bonding antara Mummiez dan Si Manja. Membuatkan Mummiez lebih mengenali Si Manja Mummiez dengan masa yang singkat.

Selain ibu mendapat kelebihan, ia juga merupakan cara untuk Si Manja Mummiez berkongsi perasaan, mendapatkan perlindungan dari Mummiez. Maklumlah, bayi kan tak boleh meluahkan melalui kata-kata. Jadi dengan bauan, Si Manja akan berasa selamat. 

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza, bayi menunjukkan 2 cara untuk berkomunikasi. Antaranya menangis dan merembeskan bau badannya mebuatkan Mummiez dan ayah berasa gembira.

 

Sebab itu, penat macam mana pun Mummiez, bila hidu je bau Si Manja terus hilang penat. Bila Mummiez belai, cium dan dukung Si Manja, hormon Oxytocin Mummiez dan Si Manja akan meningkat. Oxytocin pula, hormon bahagia.

Tapi kan Mummiez, bau bayi akan hilang selepas enam minggu kelahiran. Oleh itu, Mummiez perlulah hayati enam minggu pertama dengan penuh kesyukuran dan hargai masa itu. Jangan lupa juga Mummiez, Mamz Oil membantu Si Manja Mummiez untuk perut yang kembung atau berkahak. InshaAllah anak Mummiez sihat selalu. Selamat mencuba Mummiez. Pastikan Mummiez stay tuned untuk video perjuangan ibu dari MAMZ. Stay Tuned Mummiez!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *