loader image

‘Common sense’ perlu dilatih sejak dari kecil

Pasti setiap Mummiez perlukan anak-anak yang boleh di harap. Bila Mummiez perlukan pertolongan, ringan tulang je anak nak bantu Mummiez. Tapi Mummiez, semua tu tak boleh jadi terus. Mummiez harus latih anak-anak Mummiez sejak dari kecil lagi. Jom ikuti tips ini agar anak Mummiez ada common sense yang kuat.

1) Barang sekolah anak

Sebelum tidur, Mummiez pastikan anak uruskan dan siapkan barang keperluan mereka untuk sekolah pada esok harinya. Untuk kanak-kanak 6 tahun, Mummiez perlu bantu anak untuk kemas baju, tapi biar anak buat sendiri. Mummiez hanya perlu beritahu, sediakan baju, beg dan sebagainya. Bagi anak yang telah bersekolah, Mummiez boleh pantau dan ingatkan anak, buku apa perlu di bawa, baju perlu digosok sendiri dan Mummiez pelu cek balik apakah lengkap semuanya. Point nya di sini, Mummiez hanya perlu pantau, tapi  biar anak yang lakukan.

2) Persediaan semasa makan.

Semasa makan seeloknya Mummiez galakkan anak membasuh pinggan mereka sendiri. Ini kerana mahu melatih mereka untuk berdikari tanpa bantuan orang lain. Praktiskan aktiviti ini sejak anak berusia 3 tahun lagi. Di kala usia 3 tahun, memang suka nak membantu. Tapi kalau Mummiez mulakan lambat, jangan pelik kalau anak asyik emmberi alasan. Jadi, hanya suruh anak Mummiez untuk menghidang dan mengemas. Yela, Mummiez kan dah penat masak, giliran anak-anak pula untuk mengemas. Jangan hairan anak Mummiez akan rajin ealaupun pergi ke rumah orang.

3) Kemas Permainan

Mesti stress, lepas anak main, Mummiez pula yang kena kemas. Eh jangan maacm tu Mummiez, ajak Si Manja Mummiez untuk yang kemaskan semua permainan mereka. Kesian tengok anak? tak mengapa Mummiez, dari situlah anak belajar untuk menjadi peka dan menigkatkan common sense anak. Bila anak berjaya mengemas, mereka akan ada satu  perasaan puas hati. Ini boleh menyebabkan anak kita cepat matang tau Mummiez. Bukan tu saja, anak kita pun bijak untuk berfikir menyelesaikan masalah. Contohnya, bila mainan bersepah apa perlu dibuat? jawapannya ialah kemaskan permainan agar kemas dan tidak hilang.

4)  Ketika mandi

Pastikan anak Mummiez belajar menguruskan diri mereka ketika hendak mandi. Lakukan pendedahan ini pada usia seawal mungkin. Pada usia 2 tahun, anak boleh belajar letakkan baju kotor di dalam bakul sendiri. Buat anak 3 tahun, dah boleh belajar untuk mandi sendiri dengan pantauan Mummiez. Sambil-sambil itu Mummiez boleh ajarkan aurat pada anak. Mandi menggunakan seluar dalam. 

5) Kemas rumah.

Bila tiba masanya untuk spring cleaning, Mummiez boleh ajak anak-anak untuk join mengemas.Mummiez boleh lah bahagikan kerja dengan anak-anak. Mummiez cuci dapur, kakak cuci vacum lantai, abang mop lantai, adik buang sampah ayah cuci tandas. Terapkan aktiviti ini untuk dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Bukan sahaja meningkatkan motor skill, sosial skill dan comon sense anak, malah ia juga mampu meningkatkan hubungan Mummiez ayah dan anak-anak.


Selamat mencuba ya Mummiez, kita perlu usahakan untuk berikan terbaik untuk anak. Bila anak sihat, Mummiez ceria. Jadi Mummiez, Jom kita ikhtiarkan Menggunakan Mamz Cream Untuk Si Manja. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *