Seronok bila anak dah tumbuh gigi. Paling comel bila anak senyum dengan gigi yang cantik. Tapi sejauh mana Mummiez perlu pastikan gigi Si Manja Mummiez sentiasa sihat. Tetapi penjagaan haruslah bermula seawal mungkin. Bukan sahaja Mummiez, Si Manja juga perlu belajar penjagaan gigi yang sihat. Jadi Mummiez perlu melengkapkan dengan ilmu penjagaan gigi yang betul.
Beberapa fakta ringkas mengenai gigi dan bilangan gigi susu bayi. Bayi sebenarnya bukan lah dilahirkan tanpa gigi. Sebenarnya anak Mummiez mempunyai 20 batang gigi. Cuma ia belum tumbuh lagi.
Anak akan mula tumbuh gigi pada sekitar 6 bulan sehingga 3 tahun. Gigi pertama yang akan tumbuh ialah gigi depan mereka, tau turut dikenali sebagai gigi kacip.
Lapisan enamel yang , melindungi gigi lebih nipis dalam kalangan bayi. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko mengalami kaviti.
Apa yang penting Mummiez, kualiti gigi anak lebih penting berbanding bilangan gigi susu anak.
Tahukah Mummiez, gigi bayi boleh mereput sejurus ia tumbuh. Malah proses pereputan akan menjadi semakin cepat jika biarkan Si Manja Mummiez mengambil terlalu banayk minuman manis. Selepas makan, pastikan Mummiez lap gusi Si Manja dengan kain bersih. Ketika anak mula tumbuh gigi. Mummiez mula memberusnya dengan ubat gigi. Pada waktu ini ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi dan berkumur.
Untuk mengurangkan risiko gigi reput, Mummiez cuba lakukan cara ini:
🤗Jangan sesekali biarkan anak tidur dengan botol dalam mulut.
🤗Jangan bagi anak minum terlalu banyak minuman atau makanan yang manis.
🤗Jumpa doktor gigi secepat mungkin, jika boleh dalam tahun pertama bayi.
🤗Tidak dinafikan, anak tumbuh gigi merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa perkembangan bayi berbeza-beza. Jadi Mummiez jangan risau jika bilangan gigi Si Manja Mummiez berbeza dengan bayi orang lain.
Jangan lupa Mummiez, Si Manja pasti akan tidak selesa, jadi Mummiez, pastikan Mamz Oil sentiasa ada bersama untuk melegakan ketidakselesaan Si Manja Mummiez.