Mummiez risau kan bila anak dah berumur 4 tahun lebih tapi masih tak boleh nak berkomunikasi dengan baik. Tahukah Mummiez, sejak anak berumur 6 bulan kita boleh tentukan anak kita normal atau ada ciri-ciri lain yang boleh menjejaskan perkembangannya. Bagaimana caranya:
– Melalui eye contact
– Respon terhadap bunyi (terkejut)
– Mencari sumber bunyi apabila di panggil.
Awas jika anak Mummiez tiada respon terhadap 3 perkara ini! Ini merupakan red flag bagi bayi 6 bulan.
Mummiez tahu, eye contact sangat penting agar anak dapat tiru sesuatu dari kita. Sebagai contoh, penting untuk anak meniru gerak mulut Mummiez untuk bercakap. Ada beberapa gesture yang Mummiez boleh ajar Si Manja seawal 6 bulan. Antaranya:
❤️Tepuk tangan.
❤️Flying kiss.
❤️Bye bye.
❤️Perbuatan hulur tangan bila dia nak.
Menariknya mereka ada kemampuan meniru diusia mereka 6 bulan. Penting sangat gesture penting untuk pemahaman dan komunikasi anak serta kita nak tahu anak boleh tiru atau tidak.
Melalui perkongsiab dari Puan Wan Nur Syakira, antara idea yang boleh digunakan untuk merangsang fokus anak ialah dengan menggunakan cermin. Rupanya cermin ni sangat bermanfaat kepada perkembangan Si Manja Mummiez. Bayi boleh tengok pergerakan mereka juga di cermin.
Kita boleh buat gaya dan anak akan ikut pergerakan Mummiez melalui cermin tersebut.
Antara cara lain yang Mummiez boleh buat ialah letakkan bayi di dalam kerusi bayi dan Mummiez bermain bersama Si Manja. Pastikan mata kita berada d paras mata kita.
Selamat mencuba ya Mummiez. Selamat berhujung minggu.