loader image

Tiba-tiba demam panas? Mungkin influenza.

Mummiez selalu kalau balik dari kerja, ambil anak, mesti akan cek suhu badan anak kan. Sebab risau kalau anak demam. Kita sedia maklum zaman virus berleluasa sekarang. Risau bila anak mula tak sihat. Sebab jika kita lambat merawat anak yang tak sihat, risau kelak akan membawa kepada penyakit dan simptom yang lebih kritikal. Bukan itu saja, juga boleh membawa kepada kematian.

Mummiez nak tahu sebenarnya kalau anak tiba-tiba demam dengan suhu yang tinggi, kemungkinan anak Mummiez dijangkiti Influenza. Influenza ini mudah menjangkiti kanak-kanak 5 tahun ke bawah serta dewasa 65 tahun ke atas.

Bnayak komplikasi jika Mummiez tak merawat Influenza ini dengan cepat. Antaranya, seperti jangkitan pada telinga akan menyebabkan sakit telinga, paru-paru, jantung, otak dan sebagainya.

Pernah saya ke Klinik bila anak demam, Doktor meluahkan rasa gusar jika anak terkena jangkitan influenza. Sebab katanya, influenza ni tak boleh beri sebarang ubat jika anak terkena jangkitan influenza. Alhamdulillah bila test, anak negative influenza. 

Influenza akan menyebabkan anak Mummiez demam tinggi dengan tiba-tiba dari 38-39 darjah celcius.

Antara simptom bila anak terkena jangkitan influenza termasuklah:

🚨Batuk

🚨Selsema

🚨Cirit birit

🚨Tiada selera nak makan

🚨Sakit perut

🚨Keletihan

🚨Sakit tekak

Seandainya simptom tersebut ada pada anak Mummiez, cepat-cepat bawa anak ke hospital atau ke pusat perubatan terdekat. Disamping itu, pengalaman saya sendiri, bila anak demam, cepat- cepat sapukan dengan Mamz Oil di seluruh badan anak. 

Spraykan juga di dalam makanan dan susu anak. InsyaAllah, habbatussauda bantu anak mummiez untuk bertindak melawan virus. Cepat kebah demam tu Insya-Allah. Seperti perkongsian Mummy Miera. Kita ikhiarkan Mummiez. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *