loader image

Apa perkataan pertama Si Manja?

Terujanya bila Si Manja dah boleh mengeluarkan perkataan untuk bercakap dan meminta sesuatu dari Mummiez. Mummiez tahu sebenarnya anak seawal  2 tahun perlu ada perkembangan pertuturan yang betul. 

Apa perkataan yang perlu mereka sebut dan apakah penanda aras anak Mummiez perkembangan Si Manja Mummiez. Jom kita semak.

Terdapat 7  perkataan pertama yang Si Manja berusia 2 tahun perlu belajar dahulu.

 

1) Mama Ayah

Panggilan mama, Mummy, daddy atau ayah sangat penting untuk anak sebut. Kerana Mummiez dan ayah la orang yang pertama yang mereka percaya. Ajar anak panggil mama ayah agar bila dia pergi mana-mana, dia boleh panggil ibu bapanya.

2) Nak & Tak nak

Meminta atau menyampaikan maklumat kehendak mereka seperti ‘nak’ sambil menunjukkan ke arah benda yang mereka mahukan. Juga pandai menyebutkan ‘tak nak’ dan menggelengkan kepala jika mereka tidak mahu sesuatu. Senang juga Mummiez nanti sebab dah faham apa yang Si Manja nak dan tak nak nanti.

3) Susu, air & nasi

Keperluan asasi seperti susu, air, nasi sungguh penting untuk Si Manja belajar sebut. Sebab perkataan ni yang akan digunakan juga bila anak dah mula ke Taska. Sekurang-kurangnya kalau Si Manja lapar, tahulah dia nak sebut nak susu. 

4) Makan, mandi, tidur dan main

Rutin wajib Si Manja perlu Mummiez tekankan. Contohnya bila tiba masa untuk mandi, Mummiez perlu ulangi perkataan mandi : “Jom kita MANDI, adik MANDI.” Perlu di ingatkan juga, untuk meningkatkan tatabahasa Si Manja, pengulangan  sangat penting agar Si Manja Mummiez ingat. 

5) Abang dan kakak

Bonus kepada yang ada adik beradik lain. Ajarkan anak untuk panggil abang dan kakak supaya Si Manja tahu itu abang dan kakaknya. Jika Anak Mummiez sorang sahaja, boleh ajarkan panggilan abang dan kakak kepada sepupunya. 

6) Anggota badan

Mummiez mesti pernah dengar kan lagu anggota tubuh badan, “~kepala bahu lutut kaki, lutut kaki~” Alaa, macam Didi and Friends tu. haa, bagus lagu tu tau. Bila mandikan Si Manja, Mummiez boleh la nyanyikan lagu tu dan sentuh bahagian anggota badan tersebut. Lama-lama nanti Si Manja Mummiez tahu nama anggota tubuh badan mereka. contoh:” Ni tangan adik.” 

7) Bantal, baju dan seluar

Yang terakhir, benda yang selalu melibatkan mereka. Benda yang ada di sekeliling mereka. Antaranya, bila nak tidur adik ambil bantal. lepas mandi adik pakai baju. lepas pakai baju, adik pakai seluar. Perkataan ini lah yang Mummiez perlu sebut dengan jelas dan terang.

Ingat ya Mummiez, semua ni ialah proses, bukan buat sekali terus jadi. Apa yang Mummiez perlukan ialah kesabaran dan konsisten dalam membantu anak Mummiez menyebut. Jangan paksa jika mereka tidak mahu. 

Sama juga dengan kebaikan Mamz Oil, bukan sekali guna terus menjadi, tapi perlu dijadikan amalan kepada anak Mummiez supaya dapat meningkatkan antibodi anak Mummiez. Sama maca, Mummy di bawah ni, guna konsisten 3 hari berturut-turut, dah lega selsema batuk yang dah 2 minggu tak baik.  Selamat mencuba ya. Jumpa lagi di entri yang seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *