Anak sihat adalah perkara paling menggembirakan para ibu bapa. Tapi bila anak jatuh sakit, memang tak keruan jadinya. Bila anak sakit, membuatkan ibu ayah terpaksa bersengkang mata untuk jaga anak kecil. Lagi-lagi kalau penyakit yang kekal macam ekzema ni.
Ekzema ialah penyakit yang tiada ubatnya. Hanya boleh mengawal dari ia menjadi semakin teruk. Tapi sejauh mana kita boleh mengawal anak kita dari merebak.
Jika sebelum ni, kita telah kongsikan tips cara mandian anak, tapi kali ni, kita akan kongsi tips yang menjadi faktor luaran. Mungkin kita terlepas pandang ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan ekzema anak merebak, bukan sahaja suhu bilik, tetapi faktor persekitaran dan diet juga memainkan peranan yang penting.
1) Pastikan rumah bersih
Habuk merupakan faktor utama anak akan mula gatal-gatal. Sebab tu kena selalu spring cleaning rumah, supaya habuk tak melekat. Jadi perlulah tukarkan cadar dan sarung bantal kerap ditukar. Bagi anda yang ada anak ekzema. kalau boleh elakkan penggunaan karpet di rumah. Sebab, karpet merupakan perangkap habuk. Jadi Elakkan ada karpet di rumah.
Disamping itu, pastikan sabun pencuci lantai sesuai juga untuk anak, jangan terlalu kuat bau dan cecairnya. Lebih baik cari pencuci yang organik.
2) Sapuan Mamz Cream
Mamz Cream merupakan 100% bahan semula jadi. Telah banyak testimoni yang menhidap ekzema telah dirawat. Sebab Habbatus Sauda membantu melegakan ekzema. Ekzema akan melalui fasa kulit kering. Bila kering tu, mummiez perlu cepat-cepat sapukan dengan Mamz Cream. Kerana bila kulit gatal, anak akan mula tak selesa dan gatal.
3) Diet pemakanan
Teringat dulu semasa bertugas mendidik anak 6 tahun, Ibunya letakkan beberapa garis panduan pemakanan agar ekzema yang dia hidap dapat dikurangkan. Antaranya, elakkan makan manis seperti coklat, dan makanan yang bergula.
Kemungkinan juga anak Mummiez ada alergik. Jadi untuk mengenalpasti Si Manja Mummiez ada alergik atau tidak, Mummiez boleh buat ujian di klinik. Atau pun, Mummiez boleh lakukan 4-days rule. Di mana ibu memperkenalkan sejenis makanan saja dalam satu masa. Contoh anak akan makan brokoli saja dalam 3 hari pertama, kemudian hari ke 4 baru lah di tukar kepada menu lain. Jika tersalah pengambilan makanan itu, ruam anak boleh menjadi semakin teruk.
Elakkan, makanan seperti produk tenusu, kekacang, telur dan gandum kerana membuatkan ruam anak semakin teruk. Disamping itu elakkan memberi makanan yang telah di proses. Kerana ada banyak kandungan pewarna dan pengawet yang boleh menyebabkan keradangan. Sebaiknya memilih makanan organik.
4) Elakkan aktiviti dalam cuaca panas
Cuaca panas akan menyebabkan kulit Si manja semakin kering. Dan bila suhu tinggi akan menyebabkan suhu badan meningkat dan membuatkan anak berpeluh. Bila berpeluh mula lah menggaru. Jadi elakkan anak bermain pada cuaca yang panas.
5) Pakaian
Pastikan Mummiez pilih pakaian yang selesa. Kain kapas yang sesuai dan kain tidak terlalu tebal kerana ia menyebabkan peluh dengan cuaca panas di negara kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mummiez dan dapat membantu Mummiez mengawal keradangan kulit si Manja Mummiez. Selamat mencuba.