loader image

Rupanya Selama Ni Salah Kira Umur Anak, Patutlah Perkembangan Anak Tak Sama.

Assalamualaikum Mummiez! selamat berhujung minggu! Apa perancangan Mummiez untuk anak-anak pada cuti sekolah ni? Ada yang kata Mummiez jadi hari harimau🤣. Boleh la Mummiez mula merancang anak-anak untuk ke kelas tambahan seperti kelas berenang, kelas mandarin atau kelas muzik. Banyak kelebihan bila hantar anak-anak untuk belajar benda yang baharu. 

Tapi bila dah hantar, macam tak nampak progress pula pada anak. Mungkin anak lambat faham atau ada skill yang masih dia belum kuasai. Tapi sebelum Mummiez anggap anak Mummiez lambat dalam menguasai sesuatu ilmu, Mummiez perlu mengenalpasti umur sebenar Si Manja mummiez berbanding perkembangannya. 

 

Mengikut kajian, bayi yang lahir pramatang, lebih mencabar dalam menguasai sesuatu berbanding anak yang sebaya umurnya. Ini kerana bayi pramatang mempunyai umur yang lebih muda berbanding umur sebenar mereka. 

 

Oleh itu, penting untuk Mummiez ketahui corrected age Si Manja Mummiez. Tapi sebelum itu, mari kita ketahui siapakah bayi yang lahir pramatang dan faktor nya.

Bayi pramatang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan Mummiez. Bayi yang normal dilahirkan 37 hingga ke 42 minggu usia kandungan Mummiez. 

Ohh baru tahu kan, heee sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan Mummiez terpaksa melahirkan anak sebelum tempoh matangnya usia kandungan Mummiez. 

Antaranya:

📌Sejarah kelahiran pramatang.

📌Kandungan kembar.

📌Mummiez mengalami pecah ketuban awal. 

📌Mummiez mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung.

📌Sokongan sosial yang lemah.

📌Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung. 

📌Jangkitan pada salur kencing

📌Jangkitan kongenital dalam kandungan

Penting untuk Mummiez lihat perkembangan anak Mummiez mengikut umur yang betul. Bagi Si Manja yang pramatang, perlu mengikut umur yang sesuai. Di panggil corrected age.

❤️Pelarasan umur atau corrrected age  merupakan umur untuk bayi pramatang kalau mereka dilahirkan pada tarikh jangkaan bersalin.

❤️Doktor akan menggunakan umur yang diselaraskan ini menilai saiz dan perkembangan bayi pramatang.

Jadi, Mummiez boleh lah mengikut usia perkembangan mereka yang betul. Jadi Mummiez tak perlu risau lagi. 

 

Di samping itu, Mummiez perlu pastikan Mummiez Amalkan gaya hidup sihat di sepanjnag tempoh kehamilan. Amalkan Momiz untuk pastikan Mummiez kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari. Bukan itu sahaja, jika anak-anak dah besar, Mummiez boleh kekalkan tenaga dari pagi hingga ke malam. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *