Refleks adalah pergerakan yang berlaku secara spontan atau sebagai tindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Rangsangan yang berbeza menghasilkan refleks yang berbeza. Si kecil yang baru lahir mempunyai 7 refleks semula jadi sejak lahir lagi!
Salah satunya ialah refleks menghisap. Tahukah Mummiez, refleks menghisap itu berlaku apabila lelangit mulut si kecil yang baru lahir disentuh dengan puting, jari atau puting botol. Secara semula jadinya si kecil akan mula menghisap, dan kawasan yang dihisap itu akan mula mengeluarkan susu.
Refleks menghisap terbentuk semasa si kecil dalam kandungan, bermula sehingga minggu ke-32 kehamilan dan berkembang sepenuhnya sehingga minggu ke-36. Mummiez pasti ada pengalaman semasa sesi ultrasound kan, di mana ketika itu boleh nampak si kecil sedang menghisap jarinya. Comel, bukan?
Namun, si kecil yang dilahirkan pramatang mungkin tidak mempunyai refleks menghisap yang kuat dan sempurna semasa lahir. mereka juga mungkin menghadapi kesukaran untuk menyelaraskan antara menghisap dan menelas dan dalam masa yang sama juga untuk bernafas.
Disebabkan kesukaran yang dihadapi si kecil pramatang ini, mereka akan diberikan makanan (susu) mengikut tiub penyusuan yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut. Antara faktor permasalahan ini adalah:
- Ikatan (attachment) bibir yang tidak bermaya.
- Struktur pipi dalam yang lemah.
- Teknik hisapan yang tidak teratur.
- Bentuk/pergerakan lidah yang tidak cekap.
Sebenarnya, proses penyusuan susu menghasilkan rangsangan 2 hala. Payudara secara semula jadinya akan merangsang bibir si kecil untuk memulakan penyusuan. Dalam masa yang sama refleks hisapan yang dihasilkan si kecil akan merangsang payudara Mummiez untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Selain itu, si kecil akan menerima kesan tenang (soothing effect) hasil dari proses penyusuan susu badan. Dalam masa yang sama, hubungan ibu-anak terbentuk menyebabkan bayi merasa selamat dan selesa!
Mummiez boleh dapatkan nasihat dari Pakar Pediatrik atau Perunding Laktasi di mana-mana klinik atau hospital berdekatan untuk konsultasi. Bagi Mummiez yang mengalami masalah kurang susu badan, berikhtiarlah dengan Momiz.
Selain memperbanyak air susu badan, Momiz juga dapat menambahkan tenaga badan, menghilangkan lenguh badan, merawat masalah keguguran rambut, mencantikkan kulit.
Penyusuan susu badan adalah satu rahmat dari Tuhan, dan sesungguhnya hubungan ibu-anak itu tersangatlah istimewa!