Mummiez mesti pernah dengar banyak petua dari mak-mak zaman dahulu kan? Antaranya ialah dikatakan mandian air sejuk sangat baik untuk menguatkan tulang bayi.
Hakikatnya, petua ini adalah sangat merbahaya kerana doktor mendedahkan bahawa ia boleh menyebabkan kematian!
Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang sangat berhati-hati memandangkan keadaan tubuh si kecil yang masih lemah. Doktor pakar kanak-kanak menekankan bahawa bayi yang baru sahaja dilahirkan, TERUTAMANYA bayi pramatang agar TIDAK dimandikan dengan air sejuk.
Doktor menyarankan agar bayi dimandikan dengan air suam sehingga berumur 2 bulan. Tetapi, lebih ideal jika diteruskan dengan mandian air suam sehingga bayi berusia 6 bulan.
Bagaimana pula cara untuk memandikan bayi ketika demam?
Menurut doktor, adalah tidak wajar memandikan bayi dengan air sejuk ketika mereka demam sebagai salah satu cara untuk menurunkan suhu badan.
Mummiez boleh gunakan teknik tepid sponging, iaitu dengan meletakkan kain/tuala lembab di atas dahi, leher dan di bawah ketiak. Hanya letak seketika dan sapu tuala lembab di bahagian-bahagian tersebut. Jika tuala sudah mula terasa hangat, lembabkan semula dengan air.
Jika Mummiez ingin mandikan juga si kecil, gunakan air suhu bilik. Elakkan menggunakan air sejuk atau air campuran ais kerana ni akan meningkatkan lagi suhu badan si kecil.
Menurut doktor lagi, kesan suhu air yang sejuk boleh menyebabkan kemudaratan dan seterusnya menjadi punca kematian pada bayi akibat hipotermia.
Hipotermia berlaku di mana suhu badan menurun secara mengejut. Disebabkan kulit si kecil sangat nipis, Hipotermia membuatkan mereka sukar untuk bernafas!
Sebaiknya mandikan lah si kecil dengan air suam dengan suhu sekitar 29-30 darjah celsius. Kehangatan suhu ini memberikan keselesaan pada kulit dan paru-paru si kecil.
Selepas mandi, sapukan Mamz Baby Cream di bahagian leher, perut dan belakang badan 3 kali sehari. Mamz Baby Cream sangat sesuai dijadikan sapuan harian si kecil selepas mandi, dan juga sebelum tidur menggantikan minyak telon agar si kecil tidur lebih lena!