BAGAIMANA KAMI BERMULA

Syarikat Mamz Legacy Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2017 oleh pasangan Encik Ahmad Zulkifli bin Saad dan isterinya Puan Mahirah binti Mohamad Fazil. Formula yang digunakan bagi Mamz Spray ini asalnya digunakan untuk anak mereka sendiri. Setelah kesan yang sangat baik dirasai, terbukti dapat merawat pelbagai masalah bayi seperti selsema, berkahak dan kembung perut, mereka merasakan bahawa formula ini sangat sesuai untuk digunakan oleh semua ibu yang mempunyai bayi.

Terbukti Mujarab!

Produk ini telah digunakan oleh ramai ibu dan terbukti mujarab membantu merawat pelbagai masalah bayi. Produk Mamz Spray telah dipasarkan secara meluas dan pernah mendapat liputan media seperti Harian Metro dan Bernama Radio.

Matlamat utama syarikat ingin membantu para ibu menjana pendapatan tambahan melalui Program Keusahawanan Mamz ini. Semua Team Mamz akan dibekalkan bahan pemasaran sama ada secara online atau secara offline. Mereka turut dibantu dan diajar untuk membuat pemasaran secara kelas online atau offline.

Sehingga akhir Jun 2020, telah ada seramai lebih 1000 orang ibu yang menyertai Team Mamz. Daripada jumlah ini, syarikat telah berjaya melahirkan Agen Mamz yang berjaya membuat jualan lebih RM100,000 sebulan.Pokok pangkalnya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Anda akan dibimbing untuk membuat jualan yang luar biasa. Syaratnya, kekal konsisten dan ikut segala step yang dalam bimbingan kami nanti. Siapa sahaja boleh berjaya, peluang terbuka kepada semua orang. Insya Allah.