TIPS IBU & BAYI

POTONG KUKU BAYI DENGAN MUDAH DENGAN TIPS INI!

PUBLISHED BY MAMZ 25/1/2024

  • Tidak dinafikan kuku si manja umumnya lebih lembut dan mudah lentur berbanding orang dewasa, namun ia masih boleh menyebabkan calar dan perlu dipotong dengan kerap. Kuku si manja walaupun lembut tetapi tajam. Tajam macam mana? Tanyakan kepada ibu yang mempunyai anak, pastinya mereka pernah mengalami calar di wajah atau di tangan disebabkan kuku si kecil. Bayi tidak mempunyai kawalan pergerakan disebabkan kawalan otot yang belum berkembang sepenuhnya. Oleh itu, ada kalanya kuku mereka boleh menyebabkan calar di wajah sendiri. 

TIPS SEBELUM MEMOTONG KUKU BAYI

  • Cari kedudukan yang baik: Duduk di dalam rocker, letakkan bayi di pangkuan anda atau baringkan si manja di atas katil semasa mereka tidur. Cari tempat yang sesuai untuk anda duduk dengan selesa.
  • Pencahayaan. Jangan cuba memotong kuku bayi anda di dalam bilik yang bercahaya malap, walaupun mereka sedang tidur.
  • Pastikan bayi duduk diam. Semakin banyak tangan mereka bergerak, risiko untuk anda terpotong isi kuku mereka secara tidak sengaja akan meningkat. Jika bayi kelihatan gugup, bercakap atau menyanyi semasa anda sedang memotong kuku.
  • Gunakan papan emeri. Jika terdapat bahagian tepi kuku yang kasar, gunakan emery board untuk melicinkannya.
  • Potong kuku selepas mandi. Ia lebih lembut dan mudah untuk dipotong.
  • Alat memotong kuku. Pilih mengikut keselesaan diri anda
CARA POTONG KUKU BAYI 
Cara memotong kuku si manja adalah hampir sama tanpa mengira alatan yang digunakan. 
 
Ini yang anda perlu lakukan:
 
  • Pegang jari bayi dengan baik. Kuat tetapi lembut, hanya jari yang perlu dipastikan tidak bergerak.
  • Tolak hujung jari si manja secara perlahan-lahan. menggunakan jari anda. Ini dapat mewujudkan sedikit ruang untuk alat pemotong kuku.
  • Lakukan potongan kecil pada kuku – pastikan ia tepat atau di atas garis kuku putih. Jangan terlalu pendek. Jika menggunakan pengasah kuku, asah perlahan-lahan sehingga ke garisan yang sama.Untuk kuku kaki pula, lakukan langkah yang sama seperti di atas. Tetapi pastikan kuku dipotong secara lurus dan bukannya melengkung.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MEMOTONG KUKU SI MANJA
Terdapat beberapa pilihan yang boleh dijadikan cara potong kuku bayi, bukan? Pun begitu, ada kaedah yang harus anda elakkan.
 
  • Jangan menggigit kuku bayi. Tindakan ini boleh menyebarkan kuman daripada mulut dan mencetuskan jangkitan virus atau bakteria.
  • Jangan menarik kuku bayi. Walaupun bahagian kecil, elakkan daripada melakukannya. Ia boleh meningkatkan risiko kuku tumbuh ke dalam.
 Selepas memotong kuku anak, ibu – ibu bolehlah sapukan Mamz Cream untuk melembapkan kulit si manja. Mamz Cream ada bermacam – macam manfaat untuk ibu. Nak tahu lebih tentang Mamz Cream, baca je dekat bawah!