TIPS IBU & BAYI
TIPS BANTU ANAK DARIPADA TERSEDAK SUSU
PUBLISHED BY MAMZ 23/1/2024
Situasi bayi tersedak susu adalah satu situasi yang menakutkan dan merisaukan ibu bapa atau penjaga bayi atau kanak – kanak tersebut. Semasa bayi tersebut tersedak susu bayi boleh menjadi biru atau tercungap-cungap dan ini adalah satu keadaan yang mencemaskan.
Bagaimana situasi bayi boleh tersedak susu?
Penyusuan adalah satu kemahiran bayi yang kompleks, kemahiran ini wujud sejak lahir untuk bayi yang lahir cukup bulan.
Proses penyusuan ini melibatkan menghisap. mengumpul, mengunyah dan menelan susu. Keadaan bayi tersedak susu berlaku apabila bayi tersebut tidak dapat menghisap, mengumpul, mengunyah atau menelan susu.
Jikalau anak atau bayi anda tersedak susu saya mengesyorkan ibu bapa membawa bayi atau kanak kanak untuk pemeriksaan selanjutnya dengan:-
- Seboleh-bolehnya dengan Pakar Kanak-Kanak
- Jururawat atau bidan di Klinik Kesihatan yang berdekatan.
Ini adalah kerana bayi tersebut boleh tersedak susu disebabkan oleh faktor lain yang merisaukan seperti:-
- Masalah pada mulut atau saluran penelanan. Contohnya : klef bibir lelangit atau masalah pada injap di saluran pemakanan
- Kanak yang ada masalah perkembangan
- Perubatan yang kompleks seperti masalah jantung
- Bayi menhidapi selsema atau tidak sihat
- Bagaimana kita menilai bayi dapat menyusu dengan baik? Posisi bayi, pelekapan yang betul perlu dinilai. Kenalpasti tanda pelekapan yang betul iaitu mulut buka luas, merangkumi areola, bibir melengkung keluar, dagu mencecah payu udara
- Bayi menghisap susu dengan terlalu laju
- Sendawakan bayi di antara dan selepas menyusukan anak
- Selepas disusukan baringkan bayi dengan kepala 45 darjah untuk mengelakkan bayi muntah dalam tidur
- Pilih puting botol yang sesuai. Puting botol yang terlalu besar, susu akan keluar dengan terlalu cepat dan bila ini berlaku bayi tidak dapat mengawal pernafasan dan terus tersedak
- Penuhkan susu di bahagian depan botol sebab jika kita pegang botol secara condong bayi akan menghisap air dan juga udara. Ini dipanggil “aerophagia” dan boleh menyebabkan bayi termuntah semasa tidur dan menyebabkan bayi tersedak
- Jangan mengayun-ayunkan bayi semasa penyusuan
- Kepala bayi seharusnya ditinggikan 45 darjah
- Jangan tidurkan bayi terlentang
- Bayi sentiasa perlu diawasi semasa penyusuan
Adakalanya penjaga meletakkan botol terlalu lama pada mulut bayi dan tiada pengawasan semasa penyusuan. Botol susu diselitkan dengan kain dan ditinggalkan. Susu akan sentiasa keluar dan terkumpul dalam mulut bayi. Bila bayi bernafas susu akan terus masuk ke dalam paru – paru menyebabkan bayi tersedak dan juga boleh menyebabkan kematian.
Sekiranya ibu dan ayah sedang menghadapi situasi bayi tersedak susu jangan panik, seboleh-bolehnya belajar “cardiopulmonary resuscitation” terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang perlu dibuat jikalau berhadapan dengan situasi sebegini.
Bagi ibu – ibu yang sedang mengalami masalah kurang susu badan, anda digalakkan untuk consume Momiz. Momiz sangat bagus untuk menambahkan tenaga badan ibu serta boleh membantu menambahkan susu badan ibu. Ibu nak tahu banyak lagi tentang Momiz, tekan je dekat bawah
MOMIZ