Menguruskan anak dan rumahtangga bukan sesuatu yang mudah untuk kebanyakkan para ibu dan isteri di luar sana. Tambahan pula, bagi para ibu yang bekerja, pulang dari tempat kerja, komitmen di rumah pula menunggu. Jadi, para ibu memerlukan pengurusan waktu , disiplin yang tinggi dan kekuatan emosi untuk menunaikan tanggungjawab di rumah.
Tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri sudah pasti memenatkan dan kadang kala ia mencabar emosi para ibu. Kepenatan fizikal dan emosi seorang ibu dan isteri juga boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan hubungan suami isteri. Oleh itu, penting bagi para ibu dan isteri bijak dalam melakukan pengurusan waktu keluarga.
Para ibu dan isteri di luar sana boleh ikuti tips ini untuk membantu anda menjadi supermom yang hebat!
1. Merancang waktu dengan betul
Setiap perkara yang hendak dilakukan perlu ada perancangan, kelak ia jadi lebih tersusun. Setiap awal pagi, ambil sedikit masa untuk menulis to-do-list pada sehelai kertas. Rangka waktu untuk senaraikan tugasan tersebut dengan tenang.
2. Elakkan sikap menangguh
Bila sudah ada senarai to-do-list, jangan bertangguh sebaliknya terus laksanakan tugasan itu. Ikut waktu yang perlu dilaksanakan mengikut kepada masa yang telah dirancang. Anda akan merasa lebih tersusun dan lebih tenang kerana kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dalam waktu yang telah dirancang.
3. Menetapkan keutamaan
Seorang isteri dan ibu perlu pandai dalam menetapkan keutamaan yang perlu dilakukan agar kerja rumah dapat dilaksanakan dalam waktu yang ditetapkan. Para ibu dan isteri juga boleh menggunakan kaedah ‘multitask’ agar banyak kerja dapat dilakukan dalam waktu yang singkat. Sebagai contoh, sambil memasak, anda boleh membasuh kain.
4. Mengendalikan emosi sebaiknya
Menjaga ketenangan emosi adalah penting untuk para ibu dan isteri agar dapat kekal tenang dan tidak mudah tertekan dalam mengendalikan rumahtangga dan anak – anak. Para ibu dan isteri perlu meluahkan rasa stres dan tertekan bersama suami agar suami dapat memahami serta membantu anda bersama – sama menguruskan rumahtangga.
5. Menjaga kesihatan
Para ibu dan isteri adalah tulang belakang dalam sesebuah keluarga. Tanpa anda, sistem kekeluargaan mungkin akan menjadi kucar-kacir dan tidak terurus. Jadi, pastikan anda mengamalkkan gaya hidup yang sihat. Jika perlu, anda digalakkan untuk mengambil supplemen sampingan untuk membantu anda kekal bertenaga.
6. Mengeratkan hubungan dengan tuhan
Para ibu dan isteri perlu untuk memperkukuhkan hubungan dengan tuhan. Hubungan kukuh dengan tuhan dapat membina kekuatan rohani para ibu disamping membantu anda untuk mendapatkan ketenangan, kelapangan serta kekuatan dalam menguruskan rumahtangga. Berdoalah kepada tuhan agar dipermudahkan segala urusan serta tanggungjawab yang digalas. Yakinlah anda insan yang terpilih untuk menjadi tulang belakang keluarga anda!
Terus bersemangat ya para ibu dan isteri hebat di luar sana. Ketahuilah bahawa kehebatan dan kekuatan anda sukar untuk ditandingi oleh mana – mana lelaki di dunia ini!