TIPS KESIHATAN
7 PUNCA DIABETES YANG RAMAI YANG DAH TAHU TAPI TAK AMBIL PEDULI
PUBLISHED BY MAMZ 7/2/2024
Kita sering berpendapat punca utama kencing manis adalah disebabkan berat badan berlebihan atau faktor keturunan. Tapi sebenarnya, terdapat banyak lagi punca utama penyakit kencing manis yang menyebabkan ia semakin menular. Namun sayangnya, walaupun punca penyakit berbahaya ini sudah umum dalam kalangan masyarakat, masih ramai lagi yang tidak ambil peduli dengannya.
1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi
Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.
2. Pengambilan “refined carbs” yang banyak
Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium.
3. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup
Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.
4. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)
Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.
5. Merokok
Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes
6. Pengambilan ubat-ubatan
Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis.
7. Tidak mengambil supplemen
Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To Diabetes, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.
Kesimpulannya, penggamalan gaya hidup dan cara hidup yang sihat dapat membantu untuk mengurangkan risiko diabetes kepada seseorang.
Kepada sesiapa yang sedang menghidapi atau ingin mengelakkan daripada menghidapi penyakit ini anda boleh mencuba Mamz Gold. Ia adalah suplemen yang diperbuat daripada 100% minyak habbatus sauda yang boleh mengawal tekanan darah tinggi dan paras gula, menghilangkan lenguh dan sakit badan, membuang angin daripada badan, meredakan sakit kepala atau migrain serta menguatkan antibodi badan.
MAMZ GOLD