TIPS IBU & BAYI

ANAK KERAP BERSIN, GOSOK MATA DAN HIDUNG, PETANDA RESDUNG?

PUBLISHED BY MAMZ 14/2/2024

Resdung (atau resedung) adalah keadaan di mana lapisan mukosa dalam rongga sinus menjadi radang. Selalunya disebabkan oleh jangkitan virus dan biasanya sembuh dalam 2 atau 3 minggu. Jangkitan sinus berlaku apabila cairan lendir mengumpul di dalam rongga sinus yang sepatutnya dipenuhi udara sahaja, yang membolehkan jangkitan virus dan bakteria. 

Jangkitan Hidung dan Sinus Kronik (Chronic Rhinosinusitis)

Resdung yang kronik berlaku apabila rongga dalam hidung dan rongga sinus membengkak dan meradang selama tiga bulan atau lebih lama, walaupun setelah rawatan diberi.

Punca dan Risiko Jangkitan Sinus

Sinusitis adalah keradangan dalam sinus yang menyebabkan laluan rongga-rongga tersumbat dan dipenuhi dengan cecair atau lendir dalam sinus. Selalunya ini disebabkan oleh selesema atau alahan hidung. Jangkitan kuman boleh berlaku akibatnya tersumbat rongga tersebut.

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan seseorang mendapat jangkitan sinus:

  • Selsema berpanjangan
  • Alahan hidung (allergic rhinitis)
  • Merokok ataupun sering terdedah kepada asap rokok ‘second hand’ atau ‘passive smoker’.
  • Masalah struktur dalam sinus (seperti polip hidung dan sinus dan tulang septum hidung bengkok).
  • Sistem ketahanan badan / imunisasi yang lemah atau mengambil ubat yang melemahkan sistem imunisasi (contohnya ubat kanser)

Mungkin sukar bagi ibu bapa untuk mengesan jangkitan sinus pada anak-anak mereka.

4 Tanda-tanda Resdung Kanak-kanak:

  • Selesema atau simptom alergi yang tidak membaik dalam masa 14 hari.
  • Demam tinggi.
  • Lendir tebal dan berwarna hijau atau kuning gelap yang keluar dari hidung.
  • Batuk berpanjangan lebih dari 10 hari
Cara-Cara Rawatan Jangkitan Resdung
 
Doktor mungkin mengesyorkan rawatan untuk membantu melegakan gejala sinusitis, termasuk:
 
  • Semburan hidung dengan air garam komersial, untuk disemburkan ke dalam hidung anda beberapa kali sehari untuk membilas saluran hidung.
  • Ubat semburan kortikosteroid (steroid) hidung. Semburan hidung ini membantu mencegah dan merawat keradangan hidung. Contohnya termasuk fluticasone, budesonide, mometasone dan beclomethasone. 
  • Dekongestan hidung: Ubat-ubatan ini boleh didapati dalam bentuk cairan, tablet dan semburan hidung. Gunakan dekongestan hidung hanya untuk beberapa hari sahaja (5 hari). Jika tidak, ia mungkin boleh menyebabkan pengembalian kesesakan hidung yang lebih teruk.
  • Ubat tahan sakit, seperti paracetamol, ibuprofen dan lain-lain.
  • Antibiotik: antibiotik biasanya tidak diperlukan untuk merawat sinusitis akut. Doktor mungkin akan pantau untuk melihat adakah sinusitis akut  bertambah buruk sebelum menetapkan antibiotik. Walau bagaimanapun, gejala yang teruk, progresif atau berterusan mungkin memerlukan antibiotik. Sekiranya doktor menetapkan antibiotik, pastikan antibiotik dihabiskan dalam jumlah tempoh yang ditetapkan, walaupun gejala  menjadi semakin baik. Sekiranya berhenti awal daripada mengambilnya, gejala resdung mungkin akan kembali.
  • Rawatan resdung tradisional: Setakat ini tiada adanya terapi alternatif yang terbukti dapat meredakan gejala sinusitis akut. Telah dicadangkan bahawa produk yang mengandungi kombinasi ramuan herba mungkin boleh membantu. Kesan sampingan yang mungkin timbul dari produk herba ini termasuk sakit perut, cirit-birit dan alahan kulit . Jumpa dengan doktor sebelum mengambil ubat herba bagi memastikan yang mereka selamat dan tidak akan berinteraksi dengan ubat yang anda ambil.
Contoh rawatan alternatif secara tradisional adalah dengan menggalakan anak supaya menggamalkan Mamz Oil. Iaitu produk semulajadi yang asli yang diperbuat daripada 100% minyak habbatus sauda. Mamz Oil berkesan untuk membantu masalah selsema batuk berkahak, kembung perut dan resdung. Klik link di bawah untuk maklumat tentang Mamz Oil.